”YB Lupa Isteri Sendiri?” – Netizen Berseloroh Syed Saddiq Pegang Erat Tangan Tun Musa Hitam

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 4:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati berita

  • Syed Saddiq dilihat menggenggam erat tangan Tun Musa Hitam ketika melayan tetamu di majlis pernikahannya bersama Bella Astillah.
  • Gelagat itu mencuit hati netizen sehingga ada yang berseloroh YB terlupa memegang tangan isterinya sendiri.
  • Rupanya, Syed Saddiq bertindak pantas membantu Tun Musa Hitam selepas tokoh itu hampir terjatuh ketika menaiki tangga menuju ke pelamin.

Majlis pernikahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama penyanyi dan pelakon Bella Astillah pastinya menjadi antara detik yang mencuri perhatian ramai.

Namun, di sebalik momen manis pasangan itu disatukan sebagai suami isteri, gelagat Syed Saddiq ketika berada di atas pelamin turut mengundang perhatian dan mencuit hati netizen.

Menerusi siaran langsung Astro Awani, Syed Saddiq dilihat menggenggam erat tangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam ketika melayan tetamu yang hadir mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu itu.

“YB lupa isteri sendiri?” – Netizen berseloroh dengan Syed Saddiq

Image from: ”YB Lupa Isteri Sendiri?” – Netizen Berseloroh Syed Saddiq Pegang Erat Tangan Tun Musa Hitam

Melihat situasi tersebut, segelintir netizen berseloroh apabila Syed Saddiq dilihat memegang tangan Tun Musa Hitam dan bukannya tangan isterinya sendiri.

Kenapa YB tak pegang tangan Bella? YB peganglah tangan Bella.

YB lupa ke dia dah kahwin?

Namun, di sebalik momen yang mencuit hati tersebut, rupa-rupanya ada sebab Syed Saddiq bertindak sedemikian.

Tun Musa Hitam hampir terjatuh ketika naik pelamin

Sebenarnya, Syed Saddiq bertindak pantas memegang tangan Tun Musa Hitam selepas tokoh berkenaan hampir terjatuh ketika menaiki anak tangga menuju ke pelamin.

Tindakan spontan itu dilakukan bagi membantu Tun Musa meneruskan langkah dengan selamat.

Momen tersebut sekali gus memperlihatkan keprihatinan Syed Saddiq terhadap tetamu kehormat yang hadir meraikan hari bahagianya bersama Bella Astillah.

The post ”YB Lupa Isteri Sendiri?” – Netizen Berseloroh Syed Saddiq Pegang Erat Tangan Tun Musa Hitam appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved