Terbalikkan Tangan Ketika Doa Nikah Syed Saddiq & Bella, Dr Zulkifli Tampil Beri Penjelasan

11 Oct 2026 • 1:15 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati berita

  • Dr Zulkifli beri penjelasan mengenai tindakan menterbalikkan tangan ketika membaca doa dalam majlis pernikahan Syed Saddiq dan Bella Astillah.
  • Amalan itu mempunyai sandaran sunah Rasulullah SAW, khususnya ketika baginda memohon hujan, berdasarkan hadis riwayat Muslim.
  • Imam al-Nawawi turut menjelaskan amalan membalikkan tangan ketika berdoa bagi memohon agar bala dan kesusahan diangkat.
  • Orang ramai disaran merujuk sumber berautoriti seperti aplikasi al-Inarah untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mengelakkan salah faham tentang hukum agama.

Tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menterbalikkan tangan ketika membaca doa dalam majlis pernikahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah, hari ini menarik perhatian ramai.

Menurut laporan Kosmo, Dr Zulkifli tampil memberikan penjelasan mengenai tindakan berkenaan yang dilakukan ketika membaca doa memohon perlindungan daripada bala dan penyakit.

Ramai tanya Dr Zulkifli, kenapa terbalikkan tangan ketika berdoa?

Image from: Terbalikkan Tangan Ketika Doa Nikah Syed Saddiq & Bella, Dr Zulkifli Tampil Beri Penjelasan

Menurut Dr Zulkifli, perbuatan menterbalikkan tangan ketika berdoa mempunyai sandaran daripada sunah Rasulullah SAW, khususnya ketika baginda memohon hujan.

Beliau turut memetik hadis daripada Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Imam Muslim sebagai rujukan bagi menjelaskan perkara tersebut.

Daripada Anas bin Malik beliau berkata, maksudnya: “Sesungguhnya Nabi memohon hujan, lalu baginda mengisyaratkan ke arah langit dengan belakang kedua-dua tapak tangannya.” (Hadis riwayat Muslim, no. 895).

Jelasnya, hadis tersebut menjadi sandaran ulama dalam membincangkan keadaan tertentu ketika berdoa dengan membalikkan tangan, khususnya bagi memohon agar kesusahan diangkat dan keadaan yang buruk diubah dengan rahmat Allah SWT.

Ulama jelaskan amalan ketika memohon perlindungan

Image from: Terbalikkan Tangan Ketika Doa Nikah Syed Saddiq & Bella, Dr Zulkifli Tampil Beri Penjelasan

Dr Zulkifli turut merujuk penjelasan Imam al-Nawawi dalam kitab Syarh Sahih Muslim mengenai amalan berkenaan.

Sebahagian ulama dalam kalangan kami dan selain mereka berpendapat bahawa sunat bagi doa untuk mengangkat bala seperti kemarau dan seumpamanya, seseorang mengangkat kedua-dua tangannya dengan bahagian belakang tapak tangannya menghadap ke langit.

Bagaimanapun, beliau menyarankan orang ramai yang ingin mengetahui perbahasan lebih lanjut supaya merujuk artikel yang telah ditulis menerusi aplikasi al-Inarah.

Bagi mereka yang mempunyai persoalan berkaitan agama, Dr Zulkifli turut berkongsi saluran untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Boleh rujuk pautan tersebut di al-inarah.com/artic, atau jika ada persoalan berkenaan agama boleh sahaja merujuk 11,000 soal jawab yang telah kami jawab.

Atau, ada ruangan khusus ‘Q&A’ di aplikasi ini untuk bertanya soalan secara langsung.

The post Terbalikkan Tangan Ketika Doa Nikah Syed Saddiq & Bella, Dr Zulkifli Tampil Beri Penjelasan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved