'Bukan salah saya' - Pemandu Perodua Myvi

LocalCars
16 Oct 2026 • 4:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Bukan salah saya' - Pemandu Perodua Myvi
Tangkap layar video tular sebuah Perodua Myvi yang terbalik di tengah jalan.
Image from: 'Bukan salah saya' - Pemandu Perodua Myvi
Tangkap layar video tular kemalangan membabitkan Perodua Myvi terbabit di media sosial.

KUALA LUMPUR - "Bukan salah saya, tak perlulah nak komen, 'King' buat hal ke apa dah hon dah, tapi dia keluar juga.”

Itu reaksi seorang individu yang mendakwa dirinya pemandu Perodua Myvi yang terbalik dalam kemalangan di Jalan Kuching menghala ke Selayang pada Khamis.

Menerusi perkongsian di Threads, individu itu menjelaskan bahawa kejadian berkenaan bukan berpunca daripada tindakannya, sebaliknya mendakwa sebuah Perodua Axia memasuki laluannya sebelum berlaku pelanggaran.

Bagi menjelaskan kejadian sebenar, individu terbabit turut berkongsi rakaman kamera papan pemuka yang dipercayai merakam detik sebelum kemalangan berlaku.

Berdasarkan rakaman itu, Myvi berwarna kuning berkenaan dilihat bergerak di lorong paling kiri sebelum sebuah Axia dari lorong susur memasuki laluan tersebut.

Pelanggaran pada bahagian sisi Myvi dipercayai menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbalik di lorong tengah dan menghalang sebahagian laluan.

Sebelum ini tular di media sosial memaparkan sebuah Myvi dalam keadaan terbalik di tengah jalan dikongsikan di Threads.

Rakaman berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi dan andaian pengguna media sosial mengenai punca kemalangan sebelum rakaman kamera papan pemuka dikongsikan.

Rata-rata pengguna yang menonton rakaman itu menyatakan simpati terhadap pemandu Myvi berkenaan selain mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

"Allahu bang, baru tahu nilah punca dia bang. Semoga urusan abang dipermudahkan bang,”komen seorang pengguna.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved