Go away, I don't want to see you - Tuanku Muhriz

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 4:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Go away, I don't want to see you - Tuanku Muhriz
Tangkap layar gambar Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dalam video dikongsi di laman sosial

SHAH ALAM - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, secara terbuka di tengah-tengah kemelut Perlembagaan yang melanda negeri itu.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik di media sosial, Tuanku Muhriz dilihat memberitahu sekumpulan individu bahawa Ismail menulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dengan memaklumkan bahawa baginda bukan lagi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Tuanku Muhriz kemudian mempersoalkan tujuan Ismail mahu menghadap Baginda.

“Kenapa dia mahu jumpa saya? Selagi dia tidak menarik balik apa yang dikatakannya sebelum ini, pergi,” titah baginda dalam keadaan jelas berang sebelum berpaling ke arah Ismail.

“Jangan jumpa saya, saya tidak mahu jumpa kamu. Kamu faham? Saya Yang Dipertuan Besar tetapi kamu kata saya bukan.”

Sebagai respons, Ismail melakukan angkat sembah, iaitu gerakan tradisional ketika menghadap atau menyambut kerabat diraja.

Susulan teguran itu, jemaah masjid kedengaran melaungkan “Daulat Tuanku”.

Negeri Sembilan berdepan kemelut diraja sejak April lalu apabila empat individu yang mendakwa diri mereka sebagai undang mengumumkan kononnya penyingkiran Tuanku Muhriz sebagai pemerintah negeri itu.

Undang yang dipertikaikan sama turut dikatakan mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar yang baharu dalam satu majlis di sebuah hotel lima bintang di Melaka pada Jun lalu.

Bulan lalu, Ismail menyokong kenyataan yang dikeluarkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang kononnya mengesahkan penyingkiran Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar.

Susulan itu, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan seluruh anggota MMKN negeri.

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved