Bukan Sebab Angin, Ini Punca Sebenar Pedih Ulu Hati Yang Ramai Salah Sangka

Health & FitnessFood
19 Apr 2026 • 7:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bukan Sebab Angin, Ini Punca Sebenar Pedih Ulu Hati Yang Ramai Salah Sangka

Tidak dinafikan, rasa pedih di bahagian ulu hati sering kali datang tanpa amaran, terutama ketika waktu malam hingga mengganggu tidur.

Ada juga yang kerap mengalami sendawa berulang, rasa tidak selesa di perut dan dada, hingga menjejaskan aktiviti harian.

Kebanyakan orang menganggap keadaan ini berpunca daripada “angin” dalam badan.

Namun begitu, masalah ini lebih berkait dengan pemakanan anda.

Justeru, hari ini SK ingin kongsikan punca sebenar pedih ulu hati daripada Public Health Malaysia.

Punca pedih ulu hati

Malam-malam tidur berkerut tahan pedih ulu hati. Rasa dada macam terbakar, tekak rasa kelat pahit, asyik sendawa tapi tak lega-lega.

Lepas tu mula lah salahkan angin. Cuba check balik siang tadi mulut tu mengunyah apa?

Geng gastrik atau GERD ni kena faham, masalah korang bukan setakat sebab lambat makan tau.

Punca utama asid perut melimpah naik ke atas esofagus (reflux) adalah sebab injap perut kita dah mula longgar.

Dan apa yang buat dia longgar? Makanan yang kita bedal tu lah.

Ini 10 jenis makanan yang geng pedih ulu hati kena blacklist, atau at least kurangkan kalau tak nak merana telan Gaviscon hari-hari:

1. Sambal dan cili

Ini musuh tradisi. Cili tu sendiri merengsakan dinding perut yang memang dah menipis.

image is not available
Kredit: ImageFX

2. Kopi dan teh pekat

Kafein ni memang function buat mata celik, tapi dia juga buat injap perut relax. Bila injap relax, asid senang melimpah naik.

image is not available
Kredit: ImageFX

3. Ayam goreng atau makanan berminyak

Lemak buat perut lambat proses makanan. Bila lambat, perut kena pam lebih banyak asid.

image is not available
Kredit: ImageFX

4. Limau dan Lemon

Pagi-pagi ingat nak detox minum air lemon, rupanya pergi simbah asid dalam perut yang dah sedia berasid.

image is not available
Kredit: ImageFX

5. Coklat

Sedap memang sedap, tapi dia ada bahan yang buat injap esofagus longgar.

image is not available
Kredit: ImageFX

6. Air gas

Minum air berkarbonat ni macam kumpul gas dalam perut. Gas tu akan tolak asid naik ke atas.

image is not available
Kredit: ImageFX

7. Tomato dan sos tomato

Nampak harmless, tapi sifat tomato ni sangat berasid.

image is not available
Kredit: ImageFX

8. Bawang putih dan bawang merah mentah

Sedap buat cicah atau makan dengan stik, tapi azab untuk perut yang sensitif.

image is not available
Kredit: ImageFX

9. Pudina atau peppermint

Rasa berangin sejuk kat mulut, tapi efek dia melemahkan otot injap perut kita.

image is not available
Kredit: ImageFX

10. Makanan proses (Sosej, nugget)

Tinggi pengawet dan susah nak hadam. Perut terpaksa kerja lebih masa.

image is not available

Ramai pesakit GERD ni buat silap. Makan ubat gastrik ikut jadual, tapi bab makan langsung pantang ke laut.

Sama je macam kita balut luka kat tangan, tapi hari-hari pergi simbah air garam.

image is not available
Kredit: Public Health Malaysia
Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved