
Bukan Sekadar Bahan Api, Ini Lima Kegunaan Petroleum Yang Ramai Tak Tahu
Malaysia merupakan negara pengeluar petroleum kedua terbesar di Asia Tenggara.
Industri ini memainkan peranan penting dalam menyokong ekonomi negara sejak beberapa dekad lalu.
Walaupun mempunyai sumber petroleum sendiri, Malaysia juga mengimport petroleum bagi memenuhi keperluan domestik.
Pengimportan ini biasanya melibatkan minyak mentah dan produk petroleum bertapis seperti diesel serta petrol bagi menampung permintaan pelbagai sektor.
Rupa-rupanya selain menjadi bahan api, terdapat pelbagai lagi kegunaan petroleum dalam kehidupan seharian.
Sedarkah anda, kapsul vitamin, dakwat dan juga tali gitar yang dipetik merupakan antara produk yang terhasil dengan menggunakan petroleum?
Kali ini, min ingin kongsikan dengan anda pelbagai lagi kegunaan lain petroleum yang tidak kita sedar selama ini.
Baca juga:
Cara Mudah Gilap Lantai Kayu Guna Dua Bahan Dapur Ini
Mufti Perjelas Sebab Selawat Tahiyyat Akhir Khusus Kepada Nabi Ibrahim AS Dan Keluarga
Paip Besi Gergasi Tembusi Permukaan Tanah Setinggi 10 Meter
Pertanian

Jangan tak tahu, petroleum sangat diperlukan dalam bidang pertanian. Ammonia, iaitu sumber nitrogen untuk penyuburan tanah dihasilkan daripada petroleum. Selain itu, racun serangga juga diperbuat daripada bahan penting ini.
Sabun pembersih dan pewarna fabrik

Selain daripada itu, petroleum diperlukan dalam pembuatan sabun dan pewarna fabrik. Antara bahan mentah yang terhasil daripada petroleum merupakan toluene, benzene dan xylene.
Benzene dan toluene juga menghasilkan polyurethanes yang digunakan sebagai penggilap kayu.
Farmaseutikal dan kosmetik

Kebanyakan krim dan bahan farmaseutikal memerlukan produk yang diolah daripadak petrol, dipanggila petrokimia.
Antara bahan yang digunakan dalam krim ialah minyak mineral. Begitu juga bahan kosmetik yang mengandungi minyak, termasuk minyak wangi.
Getah

Getah sintetik seperti tapak kasut getah dan tayar kereta juga merupakan produk dari bahan kimia yang datang daripada petroleum, iaitu butadiene.
Pembuatan plastik dan cat

Kebanyakan produk plastik yang kita guna hari ini juga merupakan hasil petrokimia seperti tali nilon. Begitu juga warna dan cat yang berasaskan minyak.
Pembinaan jalan raya

Cuba anda perhatikan jalan raya yang digunakan setiap hari. Jalan yang dibina itu juga memerlukan hasil pemprosesan petroleum iaitu asphalt dan bitumin.
Bitumin, cecair pekat yang diolah daripada petroleum berfungsi sebagai ejen pengikat bukan hanya dalam pembinaan jalan raya, malah juga digunakan dalam pembinaan infrastruktur dan laluan di halaman rumah anda.



