Bukan sekadar maskot! Tuah cerminan perpaduan Sukan SEA, Para ASEAN 2027

13 Jul 2026 • 9:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan logo, maskot dan tema rasmi Sukan SEA Ke-34 serta Sukan Para ASEAN Ke-14 Tahun 2027 yang bakal berlangsung di Malaysia tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohamed Taufiq Johari, berkata maskot rasmi yang dikenali sebagai Tuah dipilih bagi mencerminkan semangat kebersamaan serta aspirasi Malaysia dalam menyatukan negara-negara ASEAN menerusi platform sukan.

Menurutnya, maskot berkenaan diinspirasikan daripada imej seorang wira moden yang dinamik, yakin dan mudah didekati, selain menggambarkan generasi baharu Malaysia yang berani menghadapi cabaran, positif serta berdaya saing.

Image from: Bukan sekadar maskot! Tuah cerminan perpaduan Sukan SEA, Para ASEAN 2027

“Nama Tuah dipilih kerana membawa makna kejayaan, kecemerlangan dan keberuntungan yang dicapai melalui usaha, disiplin, ketekunan, kesetiaan serta perpaduan,” katanya pada Majlis Peluncuran Logo, Maskot dan Tema Rasmi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 di IOI City Mall, Putrajaya, pada Isnin.

Pada majlis sama, tema “Raikan Perpaduan” (Celebrating Unity) diumumkan sebagai tunjang identiti temasya berkenaan.

Menurut KBS, pemilihan tema itu bertepatan dengan aspirasi bahawa perpaduan merupakan kekuatan sebenar Malaysia dan ASEAN, selain mencerminkan semangat kebersamaan yang menjadi asas penganjuran temasya tersebut.

Image from: Bukan sekadar maskot! Tuah cerminan perpaduan Sukan SEA, Para ASEAN 2027

Logo rasmi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 pula direka dengan elemen yang melambangkan aspirasi Malaysia untuk menyatukan rantau Asia Tenggara menerusi semangat kesukanan.

Mengulas lanjut, Dr. Mohamed Taufiq berkata tema yang diperkenalkan itu bukan sekadar identiti temasya, malah membawa mesej semangat kepada atlet yang bakal beraksi.

“Tema kali ini akan menjadi cerminan semangat perpaduan yang berdaya tahan dan memiliki kesinambungan masa depan sukan rantau ini.
“Ia juga akan menjadi pencetus semangat kepada semua atlet untuk melangkaui had kemampuan mereka dalam mencapai kejayaan,” jelasnya.

Image from: Bukan sekadar maskot! Tuah cerminan perpaduan Sukan SEA, Para ASEAN 2027

Beliau berkata, logo yang diperkenalkan melambangkan dinamisme, kepelbagaian budaya dan keharmonian masyarakat Asia Tenggara yang digabungkan dengan identiti Malaysia yang progresif.

“Logo yang direka melambangkan dinamisme, kepelbagaian budaya, dan keharmonian rakyat di Asia Tenggara, yang diadun dengan identiti Malaysia yang progresif manakala maskot bukan sekadar identiti visual, malah melambangkan keberanian, semangat kesukanan yang dinamik, inovasi serta aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara yang progresif dan berteraskan teknologi,” katanya.

Image from: Bukan sekadar maskot! Tuah cerminan perpaduan Sukan SEA, Para ASEAN 2027

Malaysia dijadual menjadi tuan rumah Sukan SEA Ke-34 pada 18 hingga 29 September 2027, manakala Sukan Para ASEAN Ke-14 akan berlangsung dari 17 hingga 23 Oktober 2027.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved