“Nyawa Dan Roh Kafe Sudah Tiada” – Secangkir Cafe Akan Beroperasi Buat Kali Terakhir Hari Ini, Perkakasan Kedai Akan Dilelong

LocalFood
4 Sep 2026 • 8:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sayang seribu kali sayang, namun terpaksa juga. Begitulah luahan keluarga Allahyarham Nur Atiqah Sofiya Mohd. Kazwan, 32, ketika mengumumkan Secangkir Cafe di Sungai Karang, Kuantan, Pahang akan menamatkan operasinya selepas pemergian pemilik kafe berkenaan.

Menerusi perkongsian di Threads semalam, keluarga Allahyarham memaklumkan keputusan berat itu dibuat kerana mereka tidak mempunyai kepakaran untuk menghasilkan semula kek yang menjadi identiti utama kafe berkenaan.

Advertisement

secangkir kopi

Menurut keluarga, setiap kek yang dihasilkan Allahyarham Sofiya mempunyai keunikan tersendiri dengan menu yang berbeza setiap minggu.

“Sayang seribu kali sayang, tapi terpaksa juga kerana nyawa dan roh di kafe tersebut sudah tiada dan kami juga tiada kepakaran untuk menghasilkan semula kek-kek arwah Sofiya kerana semuanya unik dan berbeza setiap minggu.”

Dalam perkongsian sama, mereka turut mengumumkan 4 September 2026 sebagai hari terakhir Secangkir Cafe beroperasi, iaitu dari jam 3 petang hingga 9 malam sahaja.

Jual Kopi Dan Kek Dalam Kuantiti Terhad

Operasi pada hari terakhir itu hanya akan memfokuskan kepada jualan kopi dan kek dengan stok yang sangat terhad.

Pelanggan juga dihadkan kepada satu potong kek seorang, manakala jualan kopi pula terhad kepada 300 cawan sahaja.

secangkir kopi

“Kami juga ingin mengumumkan esok, Jumaat, 4 September kami akan buka buat kali terakhir dari pukul 3 petang hingga 9 malam sahaja,” katanya.

Selain itu, keluarga Allahyarham turut memaklumkan mereka akan melelong segala stok dan perkakasan kedai.

“Kami juga akan lelong segala stok dan perkakasan kedai. Kami akan kemas kini gambar stok yang ada pada hari esok.

“Insya-Allah hasil duit jualan akan digunakan jika arwah adik kami masih ada hutang dengan sesiapa dan menyelesaikan apa yang tertunggak,” katanya.

Berat Untuk Akhiri Legasi Secangkir Cafe

Keluarga Allahyarham mengakui keputusan menamatkan operasi kafe tersebut bukan sesuatu yang mudah, namun menganggap ia sebagai pilihan terbaik selepas kehilangan insan yang menjadi tonggak utama perniagaan itu.

Mereka turut merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang sentiasa menyokong Secangkir Cafe sejak awal penubuhannya.

Secangkir kopi

“Berat, sangat berat keputusan ini tapi kami rasa itulah yang terbaik. Terima kasih kepada semua yang pernah menyokong Secangkir Cafe dari awal dan esok adalah hari terakhir legasi Secangkir.

“Terima kasih semua. Harap dapat uar-uarkan kepada orang ramai. Sekali lagi maafkan kami atas keputusan ini,” katanya.

Terdahulu, Nur Atiqah Sofiya yang merupakan pemilik Secangkir Cafe maut bersama suaminya, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, dan anak lelaki mereka dalam kemalangan di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1), Temerloh.

Tiga beranak berkenaan menaiki Proton S70 ketika kejadian, manakala seorang lagi lelaki yang menaiki Honda CRV turut terkorban dalam nahas tersebut.

Kemalangan berantai itu membabitkan 11 kenderaan, termasuk bas ekspres, lori tangki simen, trak pikap, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV) dan beberapa buah kereta.

Allahyarham Sofiya difahamkan mempunyai minat mendalam dalam pembuatan kek sebelum menceburi bidang perniagaan dan membuka Secangkir Cafe kira-kira dua tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Nyawa Dan Roh Kafe Sudah Tiada” – Secangkir Cafe Akan Beroperasi Buat Kali Terakhir Hari Ini, Perkakasan Kedai Akan Dilelong2026-09-03 12:42:14

"Hati Sakit, Allah Je Nampak Apa Orang Tu Buat Dekat Saya" - Bekas Isteri Nubhan

The post “Nyawa Dan Roh Kafe Sudah Tiada” – Secangkir Cafe Akan Beroperasi Buat Kali Terakhir Hari Ini, Perkakasan Kedai Akan Dilelong first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved