Bukan semua tak boleh guna! Larangan Waze hanya untuk penjawat awam -Gobind Singh

LocalTechnology
22 Oct 2026 • 12:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze yang berkuat kuasa serta-merta hanya melibatkan penjawat awam ketika urusan rasmi kerajaan dan tidak terpakai kepada orang ramai secara keseluruhan.

Larangan atas faktor keselamatan data

Memetik laporan daripada Bernama, Menteri Digital, Gobind Singh Deo menyatakan, larangan itu dibuat atas faktor perundangan dan keselamatan data, memandangkan maklumat yang dikumpul melalui aplikasi berkenaan tertakluk kepada bidang kuasa undang-undang Israel.

“Jika melihat kepada dokumen perjanjian (sebelum mengaktifkan aplikasi), kita bersetuju dengan syarat-syarat tertentu, iaitu di bawah bidang kuasa undang-undang Israel dan itu menjadi satu masalah kepada kita.
“Sebab itu adanya larangaan penggunaan Waze kerana ia khusus merujuk kepada aspek perundangan dan keselamatan kerana data yang dikumpul dan diselaraskan oleh Israel,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Image from: Bukan semua tak boleh guna! Larangan Waze hanya untuk penjawat awam -Gobind Singh

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dilaporkan berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) pada Rabu memutuskan larangan penggunaan Waze berkuat kuasa serta-merta.

Beliau turut memaklumkan bahawa semua ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan perlu memastikan keputusan itu disampaikan kepada pegawai di bawah seliaan masing-masing, termasuk agensi dan jabatan berkaitan untuk tindakan segera.

Image from: Bukan semua tak boleh guna! Larangan Waze hanya untuk penjawat awam -Gobind Singh

Foto: The Star

Ambil maklum aduan orang ramai

Dalam pada itu, Gobind menjelaskan aplikasi navigasi TuJu yang dibangunkan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada asalnya memberi tumpuan kepada maklumat aliran trafik di lebuh raya, keadaan di tol serta kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Walau bagaimanapun, aplikasi berkenaan kini dikembangkan untuk turut menyediakan maklumat trafik di luar lebuh raya, termasuk laluan menuju ke lebuh raya tertentu.

“Kementerian mengambil maklum aduan orang ramai dan isu tersebut dalam perhatian kita. Namun saya tegaskan, tidak ada dinyatakan hanya boleh guna TuJu sahaja, masih boleh guna Google Maps dan sebagainya,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Diana Azis)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved