Perjelas larangan penggunaan Waze untuk penjawat awam – Kon Yeow

LocalPolitics
22 Oct 2026 • 4:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Perjelas larangan penggunaan Waze untuk penjawat awam – Kon Yeow

GEORGE TOWN : Larangan penggunaan aplikasi Waze dalam kalangan penjawat awam perlu diperjelaskan oleh kerajaan bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan mengenai perkara itu pada masa depan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, hal ini demikian kerana, penggunaan aplikasi itu sebelum ini memang banyak membantu serta menyenangkan kehidupan harian terutamanya ketika memandu kenderaan.

“Waze ialah satu aplikasi yang sudah membuktikan keberkesanannya. Tiba-tiba ia dilarang untuk digunakan. Jadi, rakyat atau pemandu tidak dapat menerima perkara ini dengan baik.

“Oleh itu, saya rasa, perlu ada satu penjelasan lanjut mengapa penggunaannya dilarang, mengapa ia tidak boleh digunakan lagi atau apakah ada alternatif lain yang lebih baik daripada itu.

“Ya, saya tahu ada aplikasi itu (merujuk kepada TuJu). Tapi perlu ada penerangan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita pada Penang International Science Fair di sini, hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin memutuskan, larangan penggunaan aplikasi Waze itu berkuatkuasa serta-merta.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, langkah tersebut diambil bagi melindungi maklumat kerajaan serta data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.

Jelasnya, keputusan itu turut mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. selaku pengawal data pengguna yang beroperasi di bawah undang-undang Israel.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, beliau difahamkan bahawa arahan berkenaan telah dikeluarkan dan pemandunya juga telah menerima arahan tersebut.

“Jadi, berkemungkinan kerajaan juga sudah mengedarkan arahan itu kepada penjawat awam. Bagaimanapun, kami (kerajaan Pulau Pinang) masih belum menerimanya buat masa ini,” ujar beliau.-UTUSAN

The post Perjelas larangan penggunaan Waze untuk penjawat awam – Kon Yeow appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved