“Dia ug*t mahu…” – Wanita Tertekan Bekas Teman Lelaki Mahu Jadikannya ‘Hamba’ S*ks Sebab Minta Putus 

6 Aug 2026 • 12:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft bekas BF

Seorang wanita hidup dalam ketakutan selepas diugut bunuh oleh bekas teman lelakinya selain daripada menyebarkan video intim mereka jika enggan meneruskan hubungan mereka.

Jururawat yang dikenali sebagai Nini, 29, berkata, dia mula mengenali lelaki yang berusia 27 tahun itu pada awal tahun ini sebelum hubungan mereka terjalin selama dalam 5 bulan.

Tambahnya, dia tekad untuk memutuskan hubungan selepas mendapati bahawa bekas teman lelakinya itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah selain daripada tidak bekerja.

“Selepas saya menyatakan hasrat untuk berpisah, dia mula mengugut mahu membunuh saya dan mendakwa dirinya ahli kumpulan kongsi gelap.”

“Dia turut mengatakan akan membawa ahli kumpulannya untuk mengganggu saya jika saya tidak kembali bersamanya.” 

Nini bekerja di Singapura dan kini dia menetap di Larkin Idaman. Katanya, keadaan bertambah buruk apabila keluarga bekas teman lelakinya turut masuk campur dengan meminta meneruskan hubungan itu.

Dia mendakwa bahawa, ibu bekas teman lelakinya mahu sebarkan gambar dan video intim mereka selain menghantar mesej kepada ibu bapanya.

Screenshot 2026 08 06 124528

“Video dan gambar terbabit kemudian disebarkan di media sosial menyebabkan saya semakin tertekan.”

Menurutnya, dia telah menerima ugutan antara 7 hingga 10 kali sebelum berindak membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan pada 9 Julai lalu.

Namun begitu, laporan tersebut ditarik balik selepas bekas teman lelakinya hadir ke balai polis dan memadam video intim tersebut daripada telefon bimbitnya.

Bagaimanapun, ugutan kembali berlaku apabila dia meminta untuk meneruskan hubungan mereka supaya syarat bahan berkenaan tidak disebarkan.

“Dia mahu saya kembali menjadi teman wanitanya dan jika tidak, dia akan menyebarkan semula video serta gambar itu. Dia juga mahu menjadikan saya sebagai hamba seks.”

Jelas Nini lagi, dia sekali lagi membuat laporan polis pada 19 Julai lalu selepas bahan intim berkenaan didakwa telah dihantar kepada ahli keluarganya.

Kata beliau lagi, tindakan perlu diambil sekiranya terdapat bukti mencukupi bagi membolehkan kertas siasatan dilengkapkan dan dibawa ke mahkamah untuk proses pendakwaan.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved