Bukan Tiba-Tiba! Shila Amzah Ambil Masa Hampir 3 Tahun Untuk...

11 Nov 2026 • 9:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Bukan Tiba-Tiba! Shila Amzah Ambil Masa Hampir 3 Tahun Untuk...

Penyanyi, Shila Amzah menegaskan perubahan fizikal yang dilaluinya bukan berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya mengambil masa hampir tiga tahun untuk mencapai berat badan sekarang.Shila berkata, dia terpanggil untuk berkongsi perjalanan penurunan berat badannya selepas menerima banyak pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui rahsia dirinya kelihatan semakin kurus.“Penafian, saya buat video ini bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk, tetapi sebab ramai yang bertanya. Ramai tiba-tiba komen, macam mana boleh tiba-tiba kurus?“Perkataan ‘tiba-tiba’ itu bukanlah menyakiti hati saya, tetapi seolah-olah menidakkan usaha saya selama hampir tiga tahun,” katanya.Pada masa sama, Shila mengakui pernah terlalu obses dengan sesuatu jenis diet sebelum meninggalkannya apabila tidak mendapat hasil seperti yang diharapkan.Malah, dia juga pernah mencuba pelbagai jenis senaman berintensiti tinggi seperti kickboxing, Muay Thai dan High-Intensity Interval Training (HIIT).Bagaimanapun, selepas memasuki usia 30-an dan melalui perubahan fizikal selepas melahirkan dua cahaya mata, Shila mula menyedari bahawa tubuhnya tidak lagi memberikan tindak balas yang sama terhadap rutin senaman terdahulu.Tambahnya, dia juga merupakan individu yang mudah mengalami tekanan dan mendapati keadaan itu memberi kesan kepada perubahan berat badannya.“Apabila saya stres, berat badan saya tidak turun. Stres menyebabkan saya gemuk. Ada orang apabila stres, berat badan mereka boleh turun secara tiba-tiba. Saya berbeza, kalau saya stres, berat badan saya naik.“Jadi, apabila saya berjaya menurunkan berat badan, sebenarnya itu petanda bahawa saya tidak tertekan dan berada dalam keadaan gembira,” ujarnya.Selain menguruskan tekanan, Shila turut menekankan kepentingan mendapatkan tidur yang mencukupi dalam perjalanan menurunkan berat badan.Katanya, ketika bergelar ibu tunggal, corak tidurnya agak terganggu kerana perlu menguruskan anak-anak yang sudah bangun seawal pagi.Menurut Shila, tidur memainkan peranan penting dalam membantu mengekalkan kestabilan hormon badan.Dalam masa sama, perubahan corak pemakanan turut menjadi antara faktor utama yang membantu dirinya mencapai berat badan sekarang.Shila mengakui pernah terlalu menyekat pengambilan kalori sehingga mempunyai ketakutan melampau untuk mengalami kenaikan berat badan.Malah, dia turut mendedahkan pernah berada pada tahap terlalu kurus sehingga bentuk tulangnya kelihatan jelas.Berikut merupakan perkongsian penuh Shila Amzah:  View on Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved