“Jangan Seksa Diri Kita…” - Bella Astillah Kongsi Tempoh Berapa Lama Buka Hati Terima Cinta Baharu

11 Nov 2026 • 1:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Jangan Seksa Diri Kita…” - Bella Astillah Kongsi Tempoh Berapa Lama Buka Hati Terima Cinta Baharu

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah pernah menyangka dirinya memerlukan masa empat hingga lima tahun untuk membuka hati semula sebelum menjalin hubungan dengan suaminya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Bagaimanapun, Bella berkata, proses menerima kehadiran insan baharu dalam hidupnya berlaku lebih cepat daripada jangkaannya.“Untuk Bella, sebenarnya cepat. Sebelum terjadi Bella dengan YB, Bella ingat akan ambil masa empat hingga lima tahun.“Sampaikan Bella tanya orang, ‘Berapa lama kau nak move on?’ Bella sampai tanya orang sebab tak mampu, tak menjadi. Kita kalau terlalu cinta, kan?” katanya menerusi sesi bersama 3 Pagi ERA.Menurut Bella, pengalaman tersebut membuatkannya percaya bahawa Allah lebih mengetahui waktu terbaik untuk seseorang kembali menerima cinta.“Sebab itu Bella cakap Allah sebaik-baik perancang. Dia lebih tahu bila masa yang sesuai,” ujarnya.Dalam masa sama, Bella berpesan agar seseorang tidak menyeksa diri dengan merasakan mereka perlu mengambil masa lama sebelum membuka hati.“Untuk kata kita kena ambil masa lama, sebenarnya jangan seksa diri kita dan jangan seksa orang baharu.“Walaupun kita jumpa orang baharu, tetapi kita rasa, ‘Macam mana kalau dia buat sama macam orang lama?’ Benda itu tak adil untuk dia,” jelasnya.Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan mas kahwin RM500.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved