Bulan Merdeka beri peluang Mohd Din kembali ‘melihat’, bekerja

11 Aug 2026 • 7:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bulan Merdeka beri peluang Mohd Din kembali ‘melihat’, bekerja

KUALA LUMPUR – Selepas empat tahun hidup dalam kegelapan akibat katarak, Mohd Din Deli, 65, akhirnya dapat melihat semula dan menganggap peluang itu sebagai ‘kemerdekaan’ sebenar buat dirinya.

Lebih menggembirakan, warga emas berasal dari Negeri Sembilan itu bukan sahaja kembali melihat dunia, malah bakal kembali bekerja sebagai pengawal keselamatan selepas sebelum ini terpaksa bergantung kepada ihsan orang ramai.

Din kehilangan penglihatan sehingga terpaksa berhenti kerja dan meminta sedekah di sekitar ibu negara bagi meneruskan kehidupan.

Nasibnya berubah selepas seorang ahli perniagaan, Jeyenderan Ramasamy, yang sering melihatnya meminta sedekah berhampiran Kuil Kortumalai Pillaiyar, tampil membantu termasuk membayar sewa bilik dan mendapatkan rawatan.

“Selama empat tahun saya cuma mampu dengar orang bercerita tentang kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan. Tahun ini saya akan dapat melihat sendiri letusan bunga api.

“Bagi saya, itulah erti ‘merdeka’ yang sebenar,” katanya.

Menurut pakar perunding oftalmologi, Dr Manjit Singh, pemeriksaan mendapati katarak Din berada pada tahap serius namun penglihatannya masih boleh dipulihkan menerusi pembedahan.

Din menjalani pembedahan kedua-dua mata pada 4 Ogos lalu dan kini kembali melihat seperti biasa.

Jeyenderan turut menawarkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan di syarikatnya kepada Din bagi membolehkannya kembali berdikari selepas empat tahun bergantung kepada bantuan orang lain.-KOSMO! ONLINE

The post Bulan Merdeka beri peluang Mohd Din kembali ‘melihat’, bekerja appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved