Bungkusan putih hanyut di laut cetus tanda tanya, netizen dakwa macam pocong

9 Nov 2026 • 12:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bungkusan putih hanyut di laut cetus tanda tanya, netizen dakwa macam pocong

GEORGE TOWN – “Seram bulu roma ku! Melihat bungkusan putih itu, mungkin pocong laut.”

Demikian antara reaksi pengguna media sosial selepas sebuah video memaparkan beberapa objek menyerupai bungkusan yang dibalut dengan kain putih dan plastik berwarna oren terapung di permukaan laut tular di media sosial, semalam.

Rakaman berdurasi 29 saat itu telah mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna yang tertanya-tanya mengenai identiti serta kandungan bungkusan berkenaan.

Keadaan bungkusan putih yang menyerupai bentuk tubuh manusia itu mencetuskan rasa kurang senang dan seram dalam kalangan netizen.

Malah, ada pengguna berharap objek berkenaan bukanlah mayat manusia yang dibuang ke laut.

“Harap yang balut putih itu bukan mayat. Yang plastik oren itu kalau ada RM10,000, habaq (beritahu) kepada kami,” tulis seorang pengguna media sosial secara berseloroh.

Seorang lagi pengguna mendakwa objek berkenaan mungkin sengaja dibuang ke laut, manakala terdapat juga netizen yang mengingatkan orang ramai supaya tidak berani menyentuh bungkusan terbabit.

Bagaimanapun, identiti sebenar objek berkenaan serta kandungannya masih belum dapat dipastikan dan tidak wajar dikaitkan dengan sebarang unsur jenayah atau perkara mistik tanpa pengesahan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

The post Bungkusan putih hanyut di laut cetus tanda tanya, netizen dakwa macam pocong appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved