[VIDEO] ‘Pocong melompat, hiperaktif terlebih makan gula’

28 Oct 2026 • 11:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Pocong melompat, hiperaktif terlebih makan gula’

PETALING JAYA – Satu entiti berwarna putih sedang melompat dalam kejadian didakwa di sebuah kilang di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang mengundang rasa seram orang ramai.

Video berkenaan tular di media sosial yang mana kelihatan satu entiti dikatakan pocong sedang melompat-lompat, selain kedengaran suara beberapa lelaki dalam rakaman itu dipercayai perakam.

“Eh pocong tu, mengerikan, info-info ada nampak tak,” kedengaran suara lelaki pada video tersebut.

Jarak antara mereka dengan entiti dikatakan pocong itu dipercayai agak jauh, memandangkan perakam menggunakan tetapan zum (zoom) pada kamera telefonnya.

Hantaran itu turut dimuat naik seorang pengguna Threads Ferussaad sambil berseloroh, entiti tersebut terlalu aktif kerana melompat-lompat.

“Kejadian semalam di kawasan kilang tepi Bertam Eco Residence. Aktif sungguh dia nooo,” katanya pada kapsyen.

Video mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang berasa seram dengan kejadian itu.

“Pocong terlebih makan gula ni, hiperaktif lain macam,” komen pengguna Threads Mr.L3kir.

“Kilang memang tempat kesukaan cikcong,” kata Aiman.amnddn.

“Saya pernah nampak depan mata cikcong lompat, dia lompat lagi tinggi. Kalau dia lompat boleh dari satu tiang elektrik ke satu tiang elektrik. Tak tahu yang ni betul tak, macam lompat bintang noh,” komen Afyhntsy. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] ‘Pocong melompat, hiperaktif terlebih makan gula’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved