Bunuh di sekolah: Pelajar lelaki direman enam hari

4 Oct 2026 • 12:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bunuh di sekolah: Pelajar lelaki direman enam hari

BATU PAHAT – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat direman enam hari bagi membantu siasatan kematian seorang pelajar perempuan ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini semalam.

Perintah reman dibenarkan bermula hari ini hingga Jumaat depan oleh Majistret Mustaqim Sukarno di Mahkamah Batu Pahat.

Permohonan reman dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pelajar terbabit dipercayai rakan sekelas tiba menaiki kereta polis di pekarangan Mahkamah Batu Pahat kira-kira pukul 10.20 pagi.

Sebelum ini, difahamkan tiga pelajar berusia 16 tahun ditahan beberapa jam susulan penemuan mayat mangsa, yang dikenali sebagai Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, kira-kira pukul 5.30 petang.

Mereka adalah pelajar sekolah sama dengan mangsa yang disyaki dibunuh dengan kejam sebelum ditinggalkan di dalam dewan sekolahnya.

Dalam kejadian itu, Allahyarham Irene Sofiya dijumpai nenek dan rakannya yang mencari arwah di sekolah selepas mangsa tidak pulang ke rumah. – KOSMO! ONLINE

 

The post Bunuh di sekolah: Pelajar lelaki direman enam hari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved