[VIDEO] Bunuh di sekolah: ‘Saya akan tuntut keadilan buat Irene Sofiya’

4 Oct 2026 • 9:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Bunuh di sekolah: ‘Saya akan tuntut keadilan buat Irene Sofiya’

BATU PAHAT – Bapa kepada Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, merayu agar semua pihak membantu menegakkan keadilan buat anaknya yang maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, di sini.

Mohd. Khairool Faisal Khyar, 42, berkata, pihak keluarga amat menghargai sokongan serta bantuan orang ramai yang hadir dan membantu melancarkan urusan pengebumian anaknya.

“Saya ayah kepada Irene Sofiya. Kami berterima kasih kepada semua yang datang dan kami harap dapat sokongan semua untuk tegakkan keadilan untuk anak saya, arwah anak saya.

“Itu sahaja yang kami harap,” katanya ketika ditemui selepas urusan pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng di sini hari ini.

Menurutnya, dia mengetahui mengenai kejadian menimpa Irene Sofiya ketika berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja kira-kira pukul 6 petang semalam.

Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya adalah kira-kira dua minggu lalu ketika Irene Sofiya pulang bercuti dan ketika itu, anaknya dilihat seperti biasa serta ceria menjalani kehidupan sebagai pelajar.

“Tak ada (perubahan), dia macam biasa saja, seronok belajar. Yang lain-lain tak ada tunjuk apa-apa,”katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Khairool turut meminta orang ramai menghentikan penyebaran maklumat atau spekulasi yang tidak sepatutnya berhubung kematian anaknya.

“Semuanya pun dalam siasatan polis dan kita serahkan kepada pihak yang berkuasa,”katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Irene Sofiya, pelajar Tingkatan Empat, ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa dengan kecederaan parah pada muka dan badan di sebuah dewan sekolah di Yong Peng, petang semalam.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan polis menahan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai bunuh.-KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Bunuh di sekolah: ‘Saya akan tuntut keadilan buat Irene Sofiya’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved