Pegawai AKPS maut: Polis akan mohon sambung reman suami

21 Oct 2026 • 3:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pegawai AKPS maut: Polis akan mohon sambung reman suami
Alzafny Ahmad

SEREMBAN - Polis akan memohon menyambung reman suspek yang juga suami kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempanan Malaysia (AKPS) yang dibunuh di Kompleks Perumahan Awam di sini pada 15 Oktober lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, reman kali pertama terhadap suspek berusia 30-an itu yang bermula pada 16 Oktober akan tamat pada 22 Oktober (Rabu).

"Namun berdasarkan perkembangan semasa siasatan, pihak kami akan memohon menyambung reman suspek di Mahkamah Majistret Seremban esok,"katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ditanya mengenai tarikh suspek akan didakwa di mahkamah, Alzafny berkata, pihaknya akan memaklumkan perkara itu kepada media apabila waktunya sudah disahkan.

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya dilaporkan berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke pihak pendakwaan pada Rabu untuk tindakan dan arahan selanjutnya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun maut selepas dipercayai dibunuh suaminya pada jam 7 malam sebelum lelaki itu dikatakan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan rumah tangga yang mana mangsa dikatakan meminta cerai dan suspek juga baru sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved