Bunyi air berkocak rupanya lembu dalam lubang kumbahan

30 Sep 2026 • 9:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bunyi air berkocak rupanya lembu dalam lubang kumbahan

BANDAR BAHARU – Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyelamatkan seekor lembu yang terjatuh ke dalam lubang kumbahan di belakang sebuah rumah di Kampung Kilang Batu, Relau di sini hari ini.

Kejadian disedari pemilik rumah kira-kira pukul 6.30 pagi tadi selepas terdengar bunyi air berkocak kuat dari arah lubang kumbahan.

Pemilik rumah kemudian mendapati seekor lembu berada di dalam lubang tersebut sebelum cuba mengeluarkannya dengan bantuan penduduk kampung, namun tidak berjaya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pada pukul 5.23 petang.

“Anggota APM terpaksa memecahkan bahagian lubang kumbahan itu bagi mengeluarkan lembu tersebut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, operasi mengeluarkan haiwan berkenaan selesai pada pukul 7 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

The post Bunyi air berkocak rupanya lembu dalam lubang kumbahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved