Buruh didakwa bunuh lelaki di restoran makanan segera

30 Apr 2023 • 3:14 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PASIR MAS: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah restoran makanan segera di Rantau Panjang, enam tahun lepas.

Saw Kim San, 37, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Saw didakwa membunuh Lee Boon Guan, 39, di restoran makanan segera berkenaan pada 5.58 petang, 17 Ogos 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Syafiq Aizat Nazri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 15 Jun ini untuk sebutan semula kes. - Bernama