Buruh didakwa perkosa, amang seksual dua anak saudara

6 Aug 2026 • 7:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Buruh didakwa perkosa, amang seksual dua anak saudara

KOTA BHARU: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak saudaranya yang masih di bawah umur pada Januari 2018 hingga Disember 2022 yang lalu.

Tertuduh yang berusia 26 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah dan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa berusia enam tahun 10 bulan dan lapan tahun di sebuah rumah di Kuala Krai kira-kira pukul 12 tengah hari pada 10 Januari 2018 dan pukul 12.30 tengah hari pada 3 Ogos 2019.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu didakwa merogol mangsa sama ketika kanak-kanak itu berusia 10 tahun apabila hubungan tersebut dilarang di sisi undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin di lokasi sama kira-kira pukul 3 petang pada 25 Mei 2020.

Berdasarkan tiga lagi pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang lagi anak saudara berusia 10 tahun di rumah tersebut kira-kira pukul 2.30 petang hingga 4 petang dalam tempoh 30 Ogos 2020 hingga 11 Disember 2022.

Bagi empat pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan hingga 30 tahun dan 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketujuh dan kelapan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa kedua kira-kira pukul 2.30 petang, 11 Disember 2022.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asma’a Che Omar bersama Syazalia Che Suhaimin manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Mohamad Naqib Mohamad Nor.

Terdahulu, Situ Asma’a tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh, namun Nik Mohamad Naqib memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan dan mengarahkan pihak pembelaan mengemukakan permohonan jaminan secara bertulis bagi enam lagi pertuduhan.

Mahkamah menetapkan 7 September depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh tidak membayar jaminan tersebut. – UTUSAN

The post Buruh didakwa perkosa, amang seksual dua anak saudara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved