Buruh libas koperal dengan parang dipenjara 7 tahun, dua sebatan

21 Oct 2026 • 11:52 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buruh libas koperal dengan parang dipenjara 7 tahun, dua sebatan

PASIR MAS – Seorang buruh dipenjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang anggota polis menggunakan sebilah parang pada minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Syahid Che Mat, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas Koperal Mohd. Afiq Amran, 37, dengan menggunakan senjata berbahaya iaitu sebilah parang.

Perbuatan itu dilakukan di tepi jalan Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah dekat sini kira-kira pukul 1.35 tengah hari pada 17 Oktober 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan bermula dari tarikh tangkap iaitu 17 Oktober lalu.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang anggota polis mengalami kecederaan parah dan retak tangan kiri selepas dilibas dengan sebilah parang oleh suspek di Kampung Lalang Pepuyu dekat Tanah Merah. – KOSMO! ONLINE

The post Buruh libas koperal dengan parang dipenjara 7 tahun, dua sebatan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved