Padah Curi Pakaian Dalam Wanita, Lelaki Dipenjara 9 Bulan 

21 Oct 2026 • 7:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Padah Curi Pakaian Dalam Wanita, Lelaki Dipenjara 9 Bulan 

MELAKA - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri pakaian dalam wanita untuk kepuasan seksual, kira-kira dua minggu lalu.

Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman terhadap Mohammad Hamdan Awal, 39, sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mencuri beberapa helai pakaian dalam milik seorang wanita berusia 26 tahun di sebuah dobi layan diri di Taman Tanjung Minyak Setia, kira-kira jam 2.30 pagi pada 11 Oktober lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu yang sedang mencuci pakaian di dobi berkenaan menyedari enam pasang pakaian dalam milik isterinya hilang.

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu kemudian mendapati tertuduh mengambil coli dan seluar dalam wanita berkenaan, sebelum pengadu membuat laporan polis.

Hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan tertuduh bagi memenuhi kepuasan seksualnya sendiri.

Terdahulu, pegawai pendakwa, Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani, memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira jenis barangan yang dicuri serta tujuan tidak bermoral di sebalik perbuatan itu.

Bagaimanapun, peguam Amritpal Singh yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dengan memaklumkan anak guamnya bekerja sebagai penghantar barangan bagi sebuah platform e-dagang.

Mahkamah turut dimaklumkan bahawa tertuduh menanggung ibunya, seorang abang yang mengalami masalah kulit serta seorang adik.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan, berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan pada 16 Oktober lalu. - Getaran, 21 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved