Busana Kontijen Mongolia Untuk Paris 2024 Pula Raih Perhatian… Siapakah Pereka Di Sebalik Seragam Cantik Ini?

12 Jul 2024 • 9:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pakaian seragam untuk pasukan Mongolia yang mengambil bahagian dalam Majlis Perasmian Sukan Olimpik Musim Panas ke-33, Paris 2024 meraih perhatian umum.

Mongolia

Tentulah, berbanding pakaian kontijen negara lain, seragam bagi kontijen Mongolia dilihat sungguh unik, apatah lagi tidak mengikut acuan seperti pakaian sukan atau RTW sedia ada.

Memetik Mongolian National News Agency, difahamkan pakaian seragam tersebut direka oleh pereka Michael & Amazonka.

Ini merupakan rekaan kedua bagi Sukan Olimpik oleh pereka berkenaan.

Pakaian seragam istiadat menampilkan simbol kebangsaan dan Olimpik, termasuk Sembilan Sepanduk Putih, obor Olimpik, lambang Sukan Olimpik Paris, dan perwakilan matahari, bulan, dan Gua-Maral (rusa mitos), semuanya bersulam dengan benang emas.

Sumber: Montsame