BYD dan Gentari bangunkan stesen pengecasan pantas 9 minit bagi kenderaan elektrik di Malaysia

LocalCars
28 Oct 2026 • 2:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

BYD dan Gentari bangunkan stesen pengecasan pantas 9 minit bagi kenderaan elektrik di Malaysia Image from: BYD dan Gentari bangunkan stesen pengecasan pantas 9 minit bagi kenderaan elektrik di Malaysia amree28/10/2026 - 14:40 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 Okt — BYD Malaysia bekerjasama dengan penyedia rumusan tenaga bersih PETRONAS, Gentari membangunkan rangkaian stesen pengecasan ultra-pantas BYD Flash Charging di seluruh negara.

 

Inisiatif berimpak tinggi ini bakal mengubah lanskap pemilikan kenderaan elektrik (EV) tempatan dengan menawarkan keupayaan pengecasan daripada 10% hingga 97% dalam tempoh seawal 9 minit sahaja.

 

Menurut kenyataan, infrastruktur pengecasan berkuasa tinggi ini direka khusus bagi menyokong model kenderaan yang dilengkapi dengan BYD Bateri Blade Generasi Kedua serta memiliki voltan tinggi 1,000V.

 

"Kereta mewah berprestasi tinggi baharu, DENZA Z9GT, menjadi antara model pertama di Malaysia yang berupaya memanfaatkan teknologi pengecasan pantas daripada BYD Flash Charging tersebut," katanya.

 

Menerusi bateri berkapasiti 122.49 kWj, ia membolehkan pengecasan daripada 10% kepada 70% dicapai dalam masa 5 minit sahaja, sekali gus menyamai tempoh pengisian minyak kenderaan konvensional.

 

Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma berkata, kerjasama ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh infrastruktur EV serta menjadikan penggunaan kenderaan itu lebih mudah dan praktikal.

 

BYD_DagangNews2026

 

Ujar beliau, fasa awal pelaksaaan rangkaian pengecasan ini akan memberi tumpuan kepada bilik pameran mewah DENZA yang terpilih sebelum diperluaskan ke lokasi strategik lain bersama Gentari.

 

"Antara lokasi sasaran merangkumi stesen PETRONAS, laluan utama antara bandar, serta kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih di sepanjang lebuh raya bagi memudahkan perjalanan jarak jauh," jelasnya.

 

Dalam perkembangan berkaitan, DENZA Malaysia turut memperkenalkan warna luaran baharu, Fjord Green, bagi melengkapkan pilihan warna selain Rime Gold dan Obsidian Black untuk model DENZA Z9GT.

 

Ditawarkan pada harga RM358,800, DENZA Z9GT yang dibina berasaskan Platform e3 mampu menghasilkan kuasa 850 kW (1,156 PS) serta pecutan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 2.7 saat.

 

Sejak dilancarkan, lebih 100 unit DENZA Z9GT sudah diserahkan kepada pelanggan dan model ini kini boleh didapati di lapan bilik pameran DENZA di seluruh negara. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved