BYD Malaysia lantik Inokom rakan pemasangan tempatan

Business & Finance
16 Oct 2026 • 7:35 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: BYD Malaysia lantik Inokom rakan pemasangan tempatan

PETALING JAYA: BYD Malaysia melantik Inokom Corporation Sdn. Bhd. (Inokom), anak syarikat Sime Motors yang berpangkalan di Kulim, Kedah, sebagai rakan pemasangan tempatan bagi kenderaannya di negara ini.

Langkah berkenaan merupakan fasa penting dalam perancangan syarikat untuk memulakan pemasangan kenderaan menggunakan komponen dibekalkan secara berasingan (CKD) di Malaysia.

Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma berkata, keputusan memilih Inokom dibuat selepas penilaian menyeluruh terhadap pasaran tempatan serta keupayaan pengeluaran sedia ada.

“Pemasangan tempatan merupakan sebahagian penting daripada komitmen jangka panjang BYD terhadap Malaysia.

“Kerjasama dengan Sime membolehkan kami membawa kepakaran kenderaan tenaga baharu (NEV) dan teknologi bateri lebih dekat kepada pengguna tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, BYD Malaysia bersedia memperkukuh kehadiran domestik serta meneroka peluang meningkatkan pelaburan menerusi kerjasama rakan industri tempatan.

Majlis menandatangani MoU berkenaan disempurnakan oleh Naib Presiden BYD merangkap Pengurus Besar Bahagian Jualan Automotif BYD Asia Pasifik, Liu Xueliang bersama Jeffri Salim di ibu pejabat global BYD di Shenzhen, China, baru-baru ini. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, pemilihan tersebut mencerminkan kekuatan serta kepakaran industri pembuatan automotif Malaysia yang dibina selama ini.

“Selain pemasangan kenderaan, kerjasama ini membuka peluang untuk memperkukuh ekosistem automotif Malaysia, menyokong perniagaan tempatan dan membangunkan kepakaran yang menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang industri,” katanya.  – UTUSAN

The post BYD Malaysia lantik Inokom rakan pemasangan tempatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved