ByteDance Dalam Perbincangan Menjual Syarikat Mobile Legends Pada Nilai Lebih $6 Bilion

TechnologyGaming
14 Feb 2026 • 6:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ByteDance, syarikat disebalik TikTok, kini dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk menjual studio disebalik permainan Mobile Legends : Bang Bang pada nilai mencapai antara $6 ke $7 bilion. ByteDance dikatakan sedang berbincang berkenaan hal ini kepada pihak Savvy Games Group.

image is not available

ByteDance sebelum ini telah mengambil-alih Moonton pada 2021 yang lepas, dengan harapan ingin lebih memfokuskan kepada arena permainan video. Namun, hal berkenaan seperti tidak berhasil, dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mereka sedia mencari pembeli untuk Moonton.

Mobile Legends : Bang Bang merupakan permainan utama dibawah Moonton, dan mempunyai lebih 110 juta pemain aktif setiap bulan. Majoriti pemainnya adalah daripada rantau Asia Tenggara ini.

Savvvy Games Group pula merupakan entiti dibawah Public Investment Fund milik Arab Saudi. Ia sedia melakukan sejumlah pengambil-alihan melibatkan permainan video dan esukan sebelum ini, dan pengambil-alihan Moonton dijangka melengkapkan lagi portfolio mereka.

Sekiranya semua berjalan lancar, kedua-dua pihak dijangka mengumumkan pemindahan dan jual-beli ini menjelang suku pertama 2026 ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved