Cadang Sambutan Hari Veteran khusus untuk pesara ATM

LocalPolitics
24 Oct 2026 • 1:32 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Cadang Sambutan Hari Veteran khusus untuk pesara ATM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan mengemukakan cadangan kepada Jemaah Menteri bagi mengadakan Sambutan Hari Veteran, sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia merupakan antara usaha untuk mengenang pengorbanan anggota tentera yang telah berkhidmat demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Katanya, sambutan itu juga penting sebagai platform rasmi untuk memperkukuh hubungan golongan veteran dengan masyarakat.

“Melalui Sambutan Hari Veteran, kita mahu memastikan jasa dan pengorbanan mereka terus dikenang, di samping menyemarakkan hubungan antara veteran dengan masyarakat.

“Ia akan jadi satu usaha formal dan merupakan jaminan kerajaan untuk tidak melupakan sumbangan dan jasa pesara ATM,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Negara Ke-100 Persatuan Veteran ATM (PVATM) di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, kutipan Tabung Pahlawan kini mengumpul sebanyak RM4.5 juta, menghampiri sasaran RM5 juta ditetapkan. – UTUSAN

The post Cadang Sambutan Hari Veteran khusus untuk pesara ATM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved