KPWKM Komited Dalam Usaha Menangani Isu Keganasan Terhadap Wanita

21 Oct 2026 • 12:30 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: KPWKM Komited Dalam Usaha Menangani Isu Keganasan Terhadap Wanita
Imej oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

SEBERANG JAYA , 20 OKTOBER 2026: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri hari ini merasmikan Program Eliminate Violence Against Women (EVAW) sempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita Tahun 2026 anjuran Jabatan Pembangunan Wanita melalui Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Program ini merupakan penanda kepada satu gerakan pencegahan yang disusun secara berfasa dan berterusan daripada usaha advokasi melalui Program Advokasi Kesejahteraan untuk Wanita@ Keganasan Rumah Tangga atau Aku Wanita@ KRT, diteruskan dengan SARI@KRT dan pelaksanaan Road to EVAW di peringkat negeri melalui Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN), sehingga ke kemuncak Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita (EVAW) pada 25 November 2026.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, sebanyak 5,278 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan di seluruh negara sehingga Ogos 2026, peningkatan berbanding 5,041 kes pada Ogos 2025. Keganasan rumah tangga bukan isu peribadi yang wajar disembunyikan kerana ia merupakan isu keselamatan, maruah dan kesejahteraan yang memberi kesan bukan sahaja kepada individu yang mengalaminya, malah kepada anak-anak, keluarga dan masyarakat secara keseluruhan.

Program Aku Wanita@KRT telah menjadi antara langkah awal dalam memperluas advokasi pencegahan kepada komuniti. Sehingga 26 September 2026, Program Aku Wanita@KRT telah menyantuni seramai 4,899 orang peserta. Manakala seramai 322 orang telah disantuni melalui sesi K-Chat. Pencapaian ini menunjukkan bahawa pendekatan yang dekat dengan komuniti dan memberi ruang kepada interaksi secara langsung amat penting dalam usaha meningkatkan kesedaran serta keyakinan untuk mendapatkan bantuan.

KPWKM komited sepenuhnya dalam usaha untuk menangani isu keganasan terhadap wanita dan akan terus melaksanakan program berbentuk pencegahan, perlindungan dan pemulihan, agar tiada sesiapa yang tercicir daripada sistem sokongan yang wujud.

Oleh itu, wanita atau mangsa yang sedang melalui fasa sukar ini, mereka tidak bersendirian kerana sistem sokongan kerajaan sentiasa ada dan sedia membantu. Bertindaklah segera demi menyelamatkan nyawa. Laporkan di balai polis dan hospital berhampiran atau dapatkan sokongan psikososial melalui Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) yang berdekatan.

Pihak KPWKM turut menyediakan saluran aduan melalui melalui Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun. Sebagai alternatif, aduan juga boleh dibuat dengan menghantar mesej ke aplikasi WhatsApp 01926-15999.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved