Cadangan bina empangan Sungai Lebir berpotensi jimat kos pengairan sawah

LocalBusiness & Finance
25 Oct 2026 • 5:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Cadangan bina empangan Sungai Lebir berpotensi jimat kos pengairan sawah
Kakitangan KADA yang hadir pada Sambutan Hari Intergriti 2026 di Kota Bharu.

KOTA BHARU – Cadangan pembinaan Empangan Sungai Lebir, Gua Musang yang berpotensi menangani masalah banjir di Kelantan turut dijangka berupaya mengurangkan kos operasi pengairan sawah padi.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Abd Samad berkata, berdasarkan kajian kebolehlaksanaan yang dilakukan, empangan itu secara tidak langsung akan membolehkan air disalurkan ke kawasan sawah menggunakan aliran graviti.

“Apabila adanya empangan, air boleh dibekalkan menggunakan graviti sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pam elektrik.

“Sekarang, setiap hari KADA menggunakan pam untuk menyedut air dari sungai dan menyalurkannya ke kawasan sawah,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Intergriti 2026 dan Ikrar Bebas Rasuah KADA di Pejabat Kada Lundang, di sini pada Ahad.

Majlis dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Yuswan Yunus dan turut dihadiri Pengurus Besar KADA, Mohd Faizul Mustafa.

Menurut Khalid, KADA kini menanggung bil elektrik sebanyak RM1.2 juta sebulan bagi operasi pengairan sawah padi berbanding Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) jauh lebih rendah.

“Saya pernah ke MADA dan bil elektrik untuk setahun adalah RM500,000 yang membabitkan 120,000 hektar tanah.

"KADA hanya 25,000 hektar dan kos elektrik sebulan RM1.2 juta kerana setiap hari pam berjalan, air disedut dari sungai masuk ke bendang tapi di MADA, guna graviti untuk bekalkan air, tak payah pakai pam,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved