
LABUAN: Kematian seorang pencari nafkah keluarga apabila motosikalnya melanggar lubang jalan di Kota Kinabalu, sebuah bandar raya, menunjukkan kekurangan penyelarasan di Sabah yang mempunyai lima syarikat konsesi jalan raya tanpa bidang kuasa yang jelas dalam pembaikan dan penyelenggaraan, kata seorang aktivis.
“Atas sebab pelik hanya Sabah yang nampaknya mengalami masalah ini di mana tiada siapa dapat memastikan sama ada ia jalan pihak berkuasa tempatan atau majlis, jalan JKR, jalan persekutuan, jalan negeri atau jalan kampung, dan bidang kuasanya di bawah siapa.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ini mungkin sebabnya kenapa Sabah menjadi terkenal dalam media sosial sebagai negeri dengan jalan raya yang menyerupai permukaan bulan,” kata Lau Seng Kiat.
Beliau berkata tragedi boleh dielak yang berlaku berhampiran Jejambat Lido di bandar raya itu bulan lepas mencerminkan kegagalan syarikat konsesi masing-masing, Kementerian Kerja Raya Negeri dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk memantau serta memastikan keselamatan jalan raya di Sabah secara berkesan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Ia juga jelas bahawa pengajaran daripada satu lagi kematian akibat lubang jalan di Telupid sekitar masa yang sama tahun lepas, apabila seorang pemandu lori sampah Majlis Daerah Kinabatangan maut selepas ia melanggar lubang dan terbalik, belum dipelajari.
“Dua petugas cedera parah dalam kejadian itu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); “Tiada negeri lain yang mempunyai masalah jalan berlubang seperti Sabah di mana lima syarikat konsesi jalan mendapat ratusan juta ringgit setiap tahun di bawah kontrak 20-tahun untuk menyelenggara jalan raya,” kata Lau, menambah ia membuatkan pembayar cukai tertanya-tanya di mana silapnya.
Beliau berkata, jelas daripada apa yang berlaku bahawa tiada pun “skuad lubang jalan” untuk mengesan dan membaiki jalan berlubang tanpa menunggu arahan, sama ada di DBKK, JKR atau syarikat konsesi jalan berkenaan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kecenderungannya seolah-olah untuk menunggu orang ramai mengadu kepada media atau tular di media sosial.
“Dalam kes terbaharu di Lahad Datu pada Sabtu, lubang di sepanjang Jalan Silam dibaiki serta-merta hanya selepas gambar batu nisan dilabel ‘JKR’ di dalam lubang itu tular di Facebook. (lihat laporan berasingan di muka 2)
“Di beberapa negara di mana kehilangan nyawa berlaku, Menteri bertanggungjawab dipaksa meletakkan jawatan dan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.”
Lau berkata jari juga dituding kepada Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk Shahelmey Yahya, yang telah sedia menjadi tumpuan atas isu lain, iaitu bekalan air UMS dan krisis air berterusan di seluruh negeri yang memaksa pelajar membuat bantahan, dan ketidakupayaan Kementerian sehingga hari ini untuk menyediakan jeti di Jesselton Point untuk penyambungan semula perkhidmatan feri Labuan-Kota Kinabalu, tiga bulan selepas diluluskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan.
“Jelas sekali dia nampaknya tidak mampu menanganinya. Tetapi dia tidak boleh disalahkan jika terlalu banyak perkara perlu dilakukan atau terlalu banyak jangkaan terhadapnya.
“Memandangkan Sabah adalah negeri yang besar dengan pelbagai cabaran dalam pembangunan, Kerajaan Negeri harus mempertimbangkan untuk memisahkan Kementerian Kerja Raya dan mempunyai kementerian lain khusus untuk memberi tumpuan kepada isu infrastruktur dan bekalan air.
“Ini akan memastikan penumpuan sepenuhnya kepada aspek-aspek ini manakala Kementerian Kerja Raya memikul tanggungjawab lain,” kata Lau, yang pernah menjadi calon pilihan raya di sini dan meraih beberapa ribu undi sebagai calon bebas.
Lau berkata krisis jalan raya dan air telah berlarutan terlalu lama walaupun berjuta-juta ringgit dibelanjakan.
Beliau berkata rakyat Sabah sedar bahawa masalah ini bukan perbuatan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekarang, tetapi diwarisi daripada kerajaan-kerajaan negeri terdahulu yang gagal menanganinya atau mempunyai ketua-ketua kerajaan bertanggungjawab yang korup, seperti yang dibuktikan dalam skandal Jabatan Air Sabah di mana dua nama bekas Menteri Infrastruktur Negeri malah disebut di mahkamah sebagai penerima wang tunai ratusan ribu ringgit setiap bulan.
“Dilaporkan oleh peguam bersama tertuduh utama dalam skandal itu bahawa dua menteri berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan dan rakyat Sabah kini menunggu,” katanya.


