
KUNAK: Kerja membaiki jalan-jalan berlubang di Jalan Persekutuan Kunak - Lahad Datu, meliputi KM5 hingga KM29, bermula pada Rabu oleh syarikat konsesi penyelenggaraan.
Laluan terjejas meliputi jalan raya sedia ada di lokaliti Simpang Empat, Lormalong, Madai dan Baturong.
AdvertisementTinjauan Daily Express pada Khamis mendapati kerja-kerja membaik pulih masih diteruskan, dengan banyak lubang jalan yang sudah dikenalpasti dan ditanda untuk penyelenggaran. Ini termasuk bahagian berliku dan bercerun dekat laluan Bukit Baturong.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Kunak memberi penjelasan bahawa video berdurasi 17 saat yang tular di media sosial, yang menunjukkan jalan berlubang, berada di bawah seliaan JKR Lahad Datu.



