Calon Wawasan di Melaka tunggu persetujuan PN – Hamzah

LocalPolitics
24 Oct 2026 • 11:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Calon Wawasan di Melaka tunggu persetujuan PN – Hamzah

LARUT – Parti Wawasan Negara (Wawasan) akan mendapatkan persetujuan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu sebelum mengumumkan keputusan berhubung penyertaan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya tidak mahu membuat pengumuman lebih awal mengenai kemungkinan meletakkan calon kerana perkara itu perlu diputuskan bersama anggota gabungan berkenaan.

“Insya-Allah, apa pun yang pentingnya adalah persetujuan daripada kawan-kawan Perikatan Nasional. Selepas itu baru kita umumkan.

“Kita tidak mahu umum awal sebab biar keputusannya dibuat oleh seluruh anggota Perikatan Nasional,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Dalam perkembangan lain, Hamzah mempersoalkan reaksi seorang presiden parti terhadap perkembangan kes pembatalan PN oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), namun beliau mempersoalkan sama ada kegembiraan turut dizahirkan selepas mahkamah membenarkan penangguhan pembatalan itu.

“Apabila Perikatan Nasional mendapat satu surat daripada RoS untuk membatalkan parti Perikatan Nasional, saya tengok presiden parti itu, dia kata dia sedih,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada PN akan mengambil sebarang tindakan terhadap RoS berhubung isu pembatalan berkenaan, Hamzah berkata, perkara tersebut sudah dibawa ke mahkamah untuk diputuskan.

“Apa pun, kita telah membawa isu ini ke mahkamah, jadi biar mahkamah yang tentukan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post Calon Wawasan di Melaka tunggu persetujuan PN – Hamzah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved