Canggih! Wanita Kongsi Pengalaman Naik Teksi Tanpa Pemandu Di China [Video]

WorldTechnology
29 Jul 2025 • 12:38 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tajuk pada artikel ini, jika di zaman dahulu mungkin ada yang memikirkan ia misteri. Namun kini di China ia bukan sesuatu yang misteri sebaliknya realiti.

Ini kerana, China merupakan salah satu negara yang banyak mencipta teknologi baharu serta canggih dan perkara itu dapat dirasai sendiri jika anda berkunjung ke sana.

Bukan hanya itu, terdapat juga segelintir pengunjung yang berpendapat mereka seolah-olah berada di dunia lain apabila melihat teknologi dan kecanggihan negara terbabit.

Wanita kongsi pengalaman naik teksi tanpa pemandu di China

Baru-baru ini, seorang wanita rakyat Malaysia telah berkunjung ke Shenzhen, China dan berkongsi salah satu kecanggihan di negara itu apabila menaiki teksi tanpa pemandu.

Secara logiknya mungkin ia sedikit menakutkan memandangkan kenderaan ini berjalan sendiri di atas jalan raya yang sama dengan pemandu lain. Namun kecanggihan teknologi membuatkan kereta teksi ini juga boleh menghantar penumpang ke destinasi dengan selamat.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ryanalysaaa atau mesra dipanggil Lysa, awalnya kelihatan sebuah kereta SUV jenama Lexus yang juga teksi telah datang menjemputnya.

Teksi siap beralih apabila kena hon kenderaan lain

Sewaktu kenderaan itu sedang menunggu Lysa di tepi jalan, kedengaran teksi terbabit telah dihon oleh pengguna lain dipercayai kerana menghalang laluan pengguna lain.

Teksi itu kemudiannya dilihat berjalan untuk mengubah posisinya bagi memudahkan laluan lalu lintas.

Sebaik memasuki kenderaan, kelihatan Lysa menekan beberapa nombor di sebuah skrin sebelum kenderaan tersebut bergerak menuju ke destinasi yang ditetapkan.

Kelihatan tertera pada skrin terbabit menunjukkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi seperti memakai tali pinggang keledar sepanjang berada dalam kenderaan.

image is not available

Stereng bergerak sendiri sewaktu ingin memulakan perjalanan

Tidak lama kemudian kelihatan stereng pada kenderaan mula berputar untuk kereta itu memulakan berjalanannya.

Dalam masa sama terdapat juga kamera papan kemuka serta skrin memaparkan keadaan jalan sebagai panduan untuk penumpang.

Menurut Lysa harga untuk menaiki teksi robot itu juga lebih murah dan kenderaannya begitu selesa.

Sebaik sahaja sampai ke destinasi, kelihatan teksi itu menunggu sehingga Lysa turun dari kenderaan dan berjalan semula untuk mengambil penumpang lain.

“Teksi robot hanya ada di Shenzen, China,” kata Lysa di ruangan kapsyen.

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Lysa turut sempat melihat kereta terbang yang dicipta di negara tersebut yang bernilai RM1.5 juta.

Reka bentuk kereta tersebut juga dilihat sama seperti helikopter namun lebih moden.

Ramai teruja lihat teksi tanpa pemandu di China

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja melihat pengalaman Lysa menaiki kereta robot teksi itu.

Malah ada yang ingin menyertainya sekiranya dia membuat trip secara berkumpulan kerana ingin mencuba menaiki teksi terbabit.

Bukan hanya itu ada juga yang bertanya bagaimanakah cara dia membuat tempahan untuk teksi itu.

Jelas Lysa, pelanggan perlu memuat turun aplikasi ‘Ponyai’ dan boleh membuat tempahan darinya.

“5 bintang, sebab pemandu tak cakap apa-apa”

image is not available

“Bestnya! Doakan kita ada rezeki lebih boleh jalan-jalan macam awak juga”

image is not available