“Cantik Macam Barbie Pun Curang? Apa Lelaki Nak?” – Model Muslimah Jelita Dakwa Dicurangi Suami, Netizen Terkejut

26 Jul 2026 • 3:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Model muslimah terkenal, Izwani Merican menjadi perhatian ramai selepas memuat naik satu perkongsian di TikTok yang mengundang pelbagai tanda tanya.

Menerusi hantaran tersebut, Izwani memuat naik video memaparkan beberapa gambar keluarga kecilnya dengan tulisan “he cheated”.

“Dia curang” – Model muslimah

@izwanim

She knew & she’s a mom too

♬ original sound – alinakaymusic

Izwani turut menulis kapsyen mendakwa wanita tersebut tahu suaminya sudah berkahwin dan juga merupakan seorang ibu.

She knew & she’s a mom too

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan luahan Izwani. Lebih-lebih lagi kerana dia sebelum ini dikenali dengan imej muslimah yang anggun dan sering menjadi perhatian dalam dunia fesyen.

model

Ada netizen yang mempersoalkan apa sebenarnya yang dimahukan seorang lelaki dalam hidup selepas sudah mempunyai keluarga.

Selain itu, ada juga yang mengakui pernah merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat Izwani seorang diri menguruskan hal anak-anak.

Izwani kemudian membalas komen tersebut menjelaskan lelaki berkenaan tetap menjalankan peranannya sebagai bapa, cuma tidak semuanya dikongsikan secara terbuka.

Dont worry he did his part as the father offline.

Dalam masa sama, ada netizen yang meluahkan rasa hairan dan tidak percaya selepas membaca dakwaan tersebut.

Brooo wtf!? Bini dah helok macam barbie oiiii.

Setakat ini, belum ada penjelasan lebih lanjut daripada Izwani berhubung perkongsian tersebut.

The post “Cantik Macam Barbie Pun Curang? Apa Lelaki Nak?” – Model Muslimah Jelita Dakwa Dicurangi Suami, Netizen Terkejut appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved