“Cantiknya rumah kami bang” – Tiada Lagi Pondok Usang, 11 Beranak Kini Duduk Rumah Baharu

Entertainment
20 Nov 2024 • 11:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini tular mengenai kisah 11 beranak yang tinggal di pondok usang tidak berdinding selama hampir dua dekad.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang aktivis kebajikan Sabah, Adrian Edy selepas menziarahi sepasang suami isteri bersama sembilan orang anak itu di Kampung Rosob, Pitas pada 31 Oktober lalu.

Tiada lagi pondok usang

Dalam perkembangan terbaharu, Edy memaklumkan rumah keluarga ini telah diberi nafas baharu dengan diperbaiki beberapa bahagian rumah yang sudah uzur.

Menurutnya, semua komponen untuk rumah terbabit hasil daripada sumbangan yang diberikan oleh rakyat buat keluarga terbabit.

image is not availableimage is not available

“Hadiah Rumah Kasih Rakyat daripada rakyat untuk keluarga kakak Vernnah di Kampung Rosob Pitas. Lantai yang reput kita tukar baru, zink yang rosak kita tukar baru. Kita juga buatkan satu lagi bilik buat anak-anak kak Vernnah.”

Jelas Edy, proses untuk mengubah suai pondok tersebut menjadi sebuah rumah memakan masa dalam 10 jam dan turut dibantu anak-anak kak Vernnah.

Kata aktivis itu lagi, proses membaik pulih kediaman tersebut bagi memberi keselesaan buat anak-anak mereka untuk belajar.

“Kak Vernnah kata dia tidak pernah sangka akan dapat rezeki sebesar ini, tidak pernah sangka selama 18 tahun mereka di sini, rumah mereka akan berubah bentuk, seperti ada cahaya sudah di rumah mereka.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adrian Edy (@adrianedy7)

Dalam pada itu, Edy turut berterima kasih kepada semua yang membantu menghulurkan sumbangan kerana telah memberi keselesaan buat kak Vernnah sekeluarga.

Alhamdulillah, gembira min tengok senyuman mereka.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.