Caprice Dedah Media Morocco Mula Bongkar Tentang Mawla Amin, Asaskan ‘Ajaran’ Baru Di Malaysia?

Entertainment
26 Feb 2024 • 11:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu lepas, kecoh diperkatakan mengenai Mawla Amin, individu yang mendakwa berketurunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW dan kini sedang dalam pemantauan PDRM.

Terbaru semalam, rapper terkenal, Caprice ada memuat naik perkongsian daripada media Morocco yang katanya telah membongkarkan siapa sebenarnya Mawla Amin yang menjadi perhatian ramai.

“Media kat sana dah start bongkar”

Menerusi screenshot posting Facebook Morocco World News yang dimuat naik Caprice di IG, ia mendedahkan Mawla Amin atau nama sebenarnya, Mohamed Amin Ouradji telah mencetuskan kontroversi hebat di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Mohamed Amin yang katanya mempunyai kewarganegaraan Algeria-Perancis itu didakwa telah menubuhkan satu ajaran baru di Malaysia yang mana mengajak pengikutnya bersiap sedia untuk hari akhirat.

Laporan media mengatakan bahawa pihak berkuasa Malaysia telah memaklumkan situasi ini kepada kerajaan Morocco.

“Negara tersebut walau bagaimanapun mengesahkan bahawa lelaki itu bukan warganegara Morocco,” tulisnya.

“Tak habis-habis sebar fitnah”

Posting dari Caprice itu telah menerima pelbagai pandangan dan ada di antara netizen tidak begitu menyokong tindakannya.

Ada di kalangan netizen menuduh Caprice sengaja mewujudkan rasa benci terhadap Mawla Amin dan ada juga yang mengatakan semua yang dimuat naik rappers tersebut adalah fitnah semata-mata.

image is not available

Apa-apapun dalam isu ini, lebih baik kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasatnya. Tak perlulah sampai nak bergaduh sesama sendiri.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.