
Cara Mudah Anyam Ketupat Palas Untuk "Newbie"
Hari raya sememangnya dinantikan oleh umat Islam kerana ia dianggap hari kemenangan setelah sebulan menjalani ibadah puasa.
Sempena meraikan hari yang mulia itu, pelbagai juadah disajikan pada pagi raya. Daripada makanan berat, sehingga biskut raya, sudah tentu meja penuh pada waktu itu.
Setiap kali raya, menu wajib yang sentiasa ada di setiap rumah adalah ketupat. Tidak kira ketupat pulut atau nasi, direbus atau dikukus, semuanya pasti ada peminatnya yang tersendiri.
Rasanya, mungkin tak lengkap sekiranya ia tidak dihidangkan kerana sudah menjadi turun temurun dalam kalangan masyarakat untuk menikmati rendang bersama ketupat.
Kini, pelbagai jenis ketupat kita boleh temui, antaranya ketupat nasi, ketupat bawang, ketupat palas dan banyak lagi.
Walaupun kini sudah banyak ketupat segera dijual di pasaran dan orang ramai juga lebih memilih untuk membelinya sahaja kerana ia menjimatkan masa, namun apa salahnya kan kalau kita kekalkan cara tradisional untuk anyam ketupat.
Baca juga:
Resipi Batang Buruk, Kuih Wajib Disajikan Pada Hari Raya
Senang, Abang Ni Ajar Cara Nak Anyam Sendiri Ketupat Daun Kelapa
Jadi, artikel ini akan kongsikan cara-cara untuk menganyam ketupat daun palas dari salah seorang pengguna TikTok, @zat_zahra99.
Ikuti perkongsiannya di bawah.
Cara anyam ketupat palas
Langkah pertama, lipat daun palas sehingga ia menjadi bentuk kelosong.
Selepas itu, isi pulut sehingga padat dan penuh. Kemudian, buat lipatan pertama dan pastikan bucu terletak di bahagian tengah daun.

Langkah berikutnya, pusing daun ke belakang dan picit di bahagian hujung bucu sambil pusing sekali lagi.
Kemudian, ambil bahagian hujung daun, pusingkan dan tinggalkan sedikit ruang untuk kita selitkan lebihan daun. Untuk hasil yang lebih kemas, lakukan langkah ini sebanyak dua kali.

Seterusnya, tarik dan kemaskan bahagian lebihan daun palas tadi. Akhir sekali, buat simpulan ikat mati dan ketupat palas anda siap dianyam.
Ketupat palas ini bukan sahaja boleh dinikmati dengan rendang ataupun serunding, malah turut boleh diletakkan inti tengah-tengahnya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!
