Resipi Biskut Cip Coklat, Sekali Buat "Confirm" Tak Cukup Sebekas

FoodCooking
20 Mar 2026 • 12:12 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Resipi Biskut Cip Coklat, Sekali Buat "Confirm" Tak Cukup Sebekas

Hari Raya merupakan hari yang paling dinantikan oleh seluruh umat Islam seantero dunia. Perayaan ini juga disambut tanda meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Maka, tidak hairanlah jika seluruh ahli keluarga mula pulang ke kampung untuk menyambutnya bersama orang tersayang.

Oleh itu, menjadi kewajipan bagi setiap rumah untuk menyediakan pelbagai juadah raya dari makanan berat sehinggalah aneka kuih-muih.

Kini, pelbagai aneka kuih raya dapat diperolehi tidak kira kuih raya tradisi ataupun moden, semuanya pasti ada peminatnya yang tersendiri.

Hari ini, SK akan kongsikan resipi biskut coklat cip yang boleh dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah pada Hari Raya nanti.

Resipi ini dikongsikan oleh salah seorang pengguna Threads, @farizatulizuani_.

Ikuti perkongsiannya di bawah.

Bahan-bahan biskut coklat cip

  • 2 1/2 cawan tepung gandum

  • 1/2 cawan tepung jagung

  • 1 sudu serbuk penaik

  • 1 sudu serbuk soda

  • 250g mentega

  • 1 1/4 cawan gula perang

  • 1/2 sudu esen vanilla

  • 1 biji telur

  • 4 sudu minyak jagung

  • 1 1/4 coklat cip

  • Baca juga:

    Cara penyediaan

    Mula-mula, ayakkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan serbuk soda.

    Selepas itu, cairkan mentega dan campurkan gula perang, esen vanila, telur dan kacau sehingga perlahan.

    Selepas semuanya sebati dan lembut, masukkan pula sebahagian bahan yang telah diayak tadi perlahan-lahan.

    Seterusnya, tambahkan minyak jagung dan kacau lagi sehingga sebati.

    Kemudian, tambahkan kesemua tepung yang telah diayak tadi dan kacau perlahan-lahan. Setelah itu, masukkan cip coklat dan kacau rata.

    Selepas semuanya rata, anda boleh masukkan ke dalam chiller selama satu malam.

    image is not available
    Kredit: farizatulizuani_

    Anda boleh bakar biskut tersebut keesokannya pada suhu 150 darjah menggunakan api atas dan bawah selama 20 minit.

    image is not available
    Kredit: farizatulizuani_

    Biskut coklat cip anda sedia untuk dihidangkan kepada tetamu di Hari Raya nanti. Selamat mencuba!