“Cari penyakit” – Polis Trafik Terbabas Gara-gara Pemandu Tukar Lane Secara Mengejut

Entertainment
28 Aug 2024 • 1:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu rakaman dashcam tular menunjukkan pemandu menukar ke lorong kiri dengan secara mengejut dan menyebabkan anggota polis trafik yang menaiki motosikal terbabas dan terjatuh ke tanah.

Dalam kenyataan rasmi Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata anggota polis tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan parah.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku pada 25 Ogos lepas di Jalan Cheras dan berhubung dengan kejadian tersebut, sumber melaporkan bahawa pemandu kenderaan dan penunggang motosikal telah hadir ke balai untuk siasatan lanjut.

image is not available

Video tersebut kini sedang tular di pelbagai platform media sosial dan ia telah mendatangkan kemarahan dalam kalangan netizen terhadap pemandu kereta terebut.

image is not available image is not available image is not available

Langgar orang tu dah salah, inikan pula langgar polis trafik, menjawablah nanti.

Sumber : Facebook, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.