Catcha Digital Catat Pendapatan RM47.69 Juta, Melonjak 114% Bagi Separuh Pertama 2026

Business & Finance
27 Aug 2026 • 10:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Catcha Digital Berhad mencatatkan pendapatan sebanyak RM47.69 juta bagi separuh pertama tahun kewangan 2026, meningkat 114 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) diselaraskan turut meningkat 80 peratus kepada RM8.69 juta, manakala keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) diselaraskan bertambah 14 peratus kepada RM3.64 juta.

Advertisement

Bagaimanapun, syarikat mencatatkan kerugian berkanun RM1.69 juta, yang sebahagian besarnya disebabkan caj bukan tunai serta kos berkaitan pengambilalihan.

Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Digital, Eric Tan berkata, peningkatan pendapatan dan EBITDA diselaraskan menunjukkan operasi teras syarikat terus berkembang seperti yang dirancang.

Eric tan Eric Tan  

“Pendapatan separuh pertama kami meningkat lebih sekali ganda tahun ke tahun, manakala EBITDA diselaraskan berkembang 80%.

“Kerugian berkanun mencerminkan kos perakaunan daripada pengambilalihan lapan perniagaan dalam tempoh 15 bulan, bukannya kos untuk mengendalikan perniagaan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Media Digital Jadi Penyumbang Utama

Segmen media digital menjadi penyumbang terbesar Catcha Digital apabila merekodkan pendapatan RM46.41 juta bagi separuh pertama 2026, berbanding RM21.61 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Segmen itu turut mencatatkan EBITDA diselaraskan sebanyak RM11.72 juta, meningkat 100 peratus berbanding RM5.85 juta pada separuh pertama 2025.

Bagi suku kedua sahaja, segmen media digital menyumbang pendapatan RM20.77 juta dan EBITDA diselaraskan sebanyak RM4.69 juta.

Portfolio Catcha Digital merangkumi beberapa jenama media termasuk OhMedia, Beautifulnara, Weirdkaya, Goody25, The Reporter, Careta, Mekanika dan Technave.

Segmen B2B Dijangka Sumbang Pada Separuh Kedua

Sementara itu, segmen pameran perniagaan ke perniagaan (B2B) tidak menganjurkan sebarang acara pada suku kedua.

Keadaan tersebut menyebabkan segmen berkenaan menanggung kos operasi tetap tanpa pendapatan bersesuaian, sekali gus merekodkan kerugian diselaraskan RM450,000.

Bagaimanapun, sumbangan pendapatan dan keuntungan daripada segmen B2B dijangka tertumpu pada separuh kedua tahun ini apabila beberapa pameran utama dijadualkan berlangsung pada suku ketiga.

Antara acara berkenaan ialah Agri Malaysia, MBAM OneBuild dan Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB).

Setakat 30 Jun 2026, Catcha Digital mempunyai wang tunai dan setara tunai sebanyak RM30.40 juta, berbanding pinjaman bank kira-kira RM12.29 juta.

Syarikat turut mempunyai kemudahan kredit pusingan bernilai RM35 juta daripada Affin Hwang Investment Bank Berhad serta berpotensi memperoleh sehingga RM73 juta sekiranya semua waran daripada terbitan hak pada 2025 dilaksanakan.

Lapan Pengambilalihan Dijangka Beri Sumbangan Penuh

Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove berkata, lapan pengambilalihan yang diselesaikan sejak Januari 2025 dijangka memberikan sumbangan bagi satu tahun kewangan penuh pada 2026.

Patrick Grove

Menurutnya, prestasi pendapatan syarikat dijangka bertambah baik sepanjang baki tahun ini, disokong penganjuran acara B2B yang lebih tertumpu pada separuh kedua.

Catcha Digital kini mengendalikan portfolio perniagaan dalam tiga sektor utama, iaitu media digital, pameran B2B dan penyelesaian teknologi maklumat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ds2026-05-29 12:01:51

Catcha Digital Catat Pertumbuhan Keuntungan 128% Tahun ke Tahun Pada Suku Pertama TK2026

The post Catcha Digital Catat Pendapatan RM47.69 Juta, Melonjak 114% Bagi Separuh Pertama 2026 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved