CelcomDigi Buka Kedai Mercu Ketiga Di 118 Mall Dengan Promosi Eksklusif Hujung Tahun

LocalTechnology
6 Nov 2026 • 12:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi Buka Kedai Mercu Ketiga Di 118 Mall Dengan Promosi Eksklusif Hujung Tahun

CelcomDigi Berhad hari ini mengumumkan pembukaan kedai mercu terbaharu mereka, CelcomDigi Store Life di 118 Mall yang terletak bawah Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur. Pembukaan ini menjadikan lokasi ini sebagai kedai flagship ketiga CelcomDigi di Malaysia selepas Gardens Mall dan Sunway Pyramid. Ini bertujuan memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh serta mendekatkan pelbagai teknologi dan perkhidmatan kepada pengguna.

Image from: CelcomDigi Buka Kedai Mercu Ketiga Di 118 Mall Dengan Promosi Eksklusif Hujung Tahun

Pembukaan kedai ini mencerminkan komitmen CelcomDigi untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggan melalui sokongan secara bersemuka dan khidmat nasihat yang lebih peribadi. Setakat ini, kedai CelcomDigi merangkumi lebih 10,000 lokasi sentuhan, termasuk lebih 63 kedai berjenama CelcomDigi dan lebih 300 kedai CelcomDigi Express yang dikendalikan rakan niaga.

Image from: CelcomDigi Buka Kedai Mercu Ketiga Di 118 Mall Dengan Promosi Eksklusif Hujung Tahun

Sempena pembukaan kedai baharu ini, CelcomDigi turut memperkenalkan kempen tahunan Play Deals yang berlangsung dari 11 November 2026 hingga 15 Februari 2027. Dengan kempen ini, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran termasuk sehingga tiga bulan yuran pelan CelcomDigi Postpaid percuma untuk peranti terpilih daripada Samsung, HONOR dan Google menerusi pelan Easy360. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati bonus tukar beli tambahan RM300, diskaun 50% untuk PhoneCARE Swap & Replace serta kadar keuntungan 0% selama tiga bulan menerusi PayFlex by Boost bagi pembayaran peranti yang layak.

Image from: CelcomDigi Buka Kedai Mercu Ketiga Di 118 Mall Dengan Promosi Eksklusif Hujung Tahun

Bagi peminat permainan video pula, CelcomDigi menawarkan GTA VI Standard Edition secara percuma dengan pembelian konsol PlayStation 5 Disc Slim bersama pelan CelcomDigi One, bermula 19 November 2026. Pelanggan turut boleh mendapatkan harga pra-tempahan GTA VI pada RM299 berbanding harga asal RM339, selain pakej konsol PlayStation 5 Disc Slim bersama GTA VI pada harga RM2,999. Maklumat lanjut mengenai kempen Play Deals boleh didapati menerusi laman rasmi CelcomDigi bermula 11 November ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved