Kaji jambatan ketiga Pulau Pinang secara menyeluruh

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kaji jambatan ketiga Pulau Pinang secara menyeluruh

KELULUSAN daripada kerajaan negeri Pulau Pinang bagi memulakan kajian ke atas cadangan pembinaan jambatan ketiga di negeri ini adalah bersesuaian pada waktunya berasaskan kepada peningkatan kenderaan serta logistik hasil dari kepesatan pembangunan di sebelah pulau.

Pada waktu yang sama, atas nama keseimbangan soal pembangunan di kedua-dua lokasi terlibat, kajian berkenaan wajar mengambil kira soal kepadatan densiti pembangunan secara serius.

Dalam jangka masa panjang terutamanya di sebelah penghujung kawasan Seberang Perai Utara mampu melonjakkan sektor pembangunan ekonomi serta membuka lebih banyak ruang pekerjaan serta perumahan mampu milik kepada penduduk setempat mahupun di negeri Kedah.

Cadangan yang bagus malah pihak kerajaan negeri perlu lebih serius serta cakna dari sudut pelaksanaannya agar pisang tidak berbuah dua kali selepas kegagalan cadangan projek terowong sebelum ini.

Jangan sampai tergadai sekali lagi tanah rakyat bernilai ratusan juta ringgit sebagai kos kepada pihak perunding bagi tujuan menyediakan kerja-kerja kebolehlaksanaan projek.

Kerajaan negeri perlu tegas dan tidak sesekali bertolak ansur dalam soal kos pelaksanaan awalan berkenaan sebaliknya kos berkenaan wajar ditanggung oleh pihak konsultan dan pemaju yang bukan sahaja berminat malah berkelayakan terutamanya dari sudut kemampuan kewangan.

Semoga projek berkenaan menjadi realiti demi kepentingan penduduk yang berbilang kaum negeri ini serta bebas daripada unsur negatif yang mampu mengakibatkan cadangannya hanya indah khabar dari semata-mata. – UTUSAN

RAHMAD ISAHAK
Aktivis politik

The post Kaji jambatan ketiga Pulau Pinang secara menyeluruh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved