CelcomDigi STL 2026: KL Thunder tersingkir!

30 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

CelcomDigi STL 2026: KL Thunder tersingkir!

KL Thunder tersingkir diperingkat kumpulan apabila tewas kepada ATM Guardians dalam saingan STL Premier 2026 GP Penang.

Menurunkan regu utama terdiri daripada Redwan Hakim selaku , Chutchanan Suwannrat sebagai tekong sementara Kamarul Ezzad bertindak sebagai feeder, yang muncul naib juara GP Perak 2026 itu terserlah apabila mereka mendahului set pertama 5-1.

Meskipun Guardians yang terdiri daripada Afifudin Mohd Razali, Saiful Bajuri dan Fahmi Khalid -- sempat mengejar dan mengikat perlawanan, Thunder sekali lagi menjarakkan diri sebelum meraih kemenangan 15-13.

Set kedua menyaksikan kebangkitan Guardians yang muncul pasukan ketiga terbaik di GP Perak tempoh hari.

Selepas membuka jurang lima mata ke atas lawan, Afifudin memastikan kemenangan 15-6 diraih dalam masa kurang daripada 30 minit!

Guardians mengekalkan momentum di set penentuan untuk mendahului perlawanan 4-1, sekaligus memaksa pertukaran pemain dari Thunder.

Ia ternyata membuahkan hasil kerana anak buah Faizal Zainal berjaya mengikat lawan 8-8.

Namun situasi tersebut bersifat sementara kerana percaturan strategi Guardians berkesan untuk membawa kepada mata kemenangan 15-11 dan kemaraan mereka ke suku akhir.

Sementara itu, PDRM Defenders melakar kebangkitan dalam menewaskan Kelantan Warriors 2-1 dalam satu lagi yang berlangsung sebentar tadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved