CelcomDigi STL: Gila, 119 minit tapi bukan final! Aksi ATM Guardian-Kelantan Warriors panas

1 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

CelcomDigi STL: Gila, 119 minit tapi bukan final! Aksi ATM Guardian-Kelantan Warriors panas

Perlawanan suku akhir CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) Grand Prix (GP) Penang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Guardians menentang Kelantan Warriors menjadi bualan orang ramai apabila terpegun melihat aksi kedua-dua pasukan semalam.

Meskipun bersaing merebut tiket ke separuh akhir, namun Guardians dan Warriors menampilkan semangat juang tinggi sehingga mengheret permainan ke set penentuan. 

Peminat tempatan merasakan ia adalah perlawanan terbaik setakat ini apabila ia mencecah hampi 119 minit permainan menjadikan penyokong tidak senang duduk dan adrenalin memuncak. 

Aksi semakin panas apabila berlaku pergaduhan mulut antara wakil pemain kedua-dua pasukan ketika mata-mata penting. 

Tamat pertembungan menyaksikan Warriors ke separuh akhir hasil kemenangan 11-15, 17-15, 17-16. Mereka akan bertemu Perak Bison sebentar nanti.

Pemain kebangsaan merangkap tekong ATM Guardians dalam satu kenyataan memohon maaf atas tindakannya dan kesal dengan apa yang berlaku. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved