“Cemana boleh lepas?” – [VIDEO] Filem Tempatan Didakwa Ada Unsur Lucah Terima Kritikan Netizen

Entertainment
16 Jan 2023 • 7:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, trailer filem tempatan yang bakal ditayangkan pada Mac tahun ini telah mendapat perhatian ramai di media sosial.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah, melalui trailer tersebut dapat dilihat ada beberapa babak yang boleh dianggap berunsur lucah dan adegan yang tidak sepatutnya.

Ada babak lucah?

Namun setelah trailer filem tersebut dimuat naik ke Twitter oleh akaun rasmi GSC, ramai warganet yang meluahkan rasa pelik dan terkejut bagaimana filem sebegitu boleh terlepas daripada penapisan pihak Lapisan Penapis Filem (LPF) kerana ia mempunyai babak yang tidak bersesuaian.

Filem tersebut dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Namron, Wan Hanafi Su, Alif Satar dan turut menampilkan Amelia Henderson, Ikmal Amry dan beberapa pelakon baru.

image is not available

Paling menjadi bualan netizen adalah kehadiran influencer media sosial terkenal iaitu Ms Puiyi yang turut melakonkan adegan panas di dalam filem tersebut.

Dalam pada itu, pencetus ummah Syed juga telah menggesa pihak FINAS untuk melaksanakan penapisan yang sewajarnya terhadap filem ini ekoran mempunyai adegan yang melampau selain gaya pemaikan pelakon aktres wanita yang terlalu menjolok mata.

“Lepas pulak cerita macam ni?” – Netizen

Rata-rata warganet meluahkan tanda tanya terhadap FINAS kerana membenarkan filem tersebut ditayangkan sedangkan ada beberapa filem dari Hollywood yang disekat kerana unsur yang sama.

Tambah mereka, filem ini secara terang-terangan mempraktikkan lelaki dan wanita yang bersekedudukan tanpa ikatan yang sah dan adegan-adegan yang tidak sesuai untuk ditonton oleh masyarakat di Malaysia.

image is not available

image is not available

Agak-agak korang macam mana boleh lepas LPF?

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.