Lima rumah banjir akibat longkang lebuh raya pecah

17 Oct 2026 • 6:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lima rumah banjir akibat longkang lebuh raya pecah

SHAH ALAM – Sebanyak lima rumah di Kampung Seri Muhibbah, Jalan Subang di sini dinaiki air sedalam satu meter selepas longkang berhampiran lebuh raya pecah, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.17 petang dengan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya 13 minit kemudian didapati lima buah rumah dinaiki air sedalam satu meter.

“Limpahan air tersebut disebabkan longkang di lebuh raya berhampiran pecah.

“Bagaimanapun, tiada pemindahan dilakukan setakat ini dengan air telah surut,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

The post Lima rumah banjir akibat longkang lebuh raya pecah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved