Cemburu Buta? Suami Kasari Isteri Hamil Kembar, Siap Langgar Dengan Motosikal!

LocalFamily & Parenting
17 Mar 2026 • 9:02 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan.

Berdasarkan rakaman tersebut, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.07 pagi ketika kawasan berkenaan masih lengang tanpa kehadiran orang awam.

image is not available image is not available

Keadaan itu menyebabkan wanita berkenaan hanya mampu terkulai dan sukar menyelamatkan diri daripada tindakan agresif lelaki terbabit.

Menurut maklumat yang dikongsikan bersama video tersebut, lelaki itu didakwa naik berang selepas mendapati isterinya bekerja di syarikat yang sama dengan seorang staf lelaki.

Dia kemudian secara membuta tuli mendakwa berlakunya hubungan curang antara isterinya dan rakan sekerja terbabit sebelum bertindak mengasari wanita berkenaan tanpa belas kasihan.

image is not available

Lebih menyayat hati, wanita itu dikatakan sedang hamil kembar ketika kejadian berlaku.

Difahamkan, pasangan tersebut sudah bercerai talak satu, namun lelaki terbabit didakwa masih mengganggu wanita berkenaan.

Terdahulu, lelaki itu pernah dimasukkan ke penjara selepas laporan dibuat oleh keluarga mentua mangsa.

image is not available

Bagaimanapun, dia kemudiannya dibebaskan selepas keluarganya membuat bayaran ikat jamin.

Sumber: Threads ssaraazhar

The post Cemburu Buta? Suami Kasari Isteri Hamil Kembar, Siap Langgar Dengan Motosikal! appeared first on Borak Daily.