Tular Video Wanita Dit*mpar & Dip*kul Suami Di Tempat Awam Di Melaka

17 Mar 2026 • 1:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Tular satu video memperlihatkan seorang lelaki yang dipercayai memukul isterinya tular di media sosial sejak semalam.

Rakaman yang berdurasi 56 saat itu dipercayai berlaku di kawasan Daerah Melaka Tengah, bagaimanapun lokasi sebenar kejadian itu masih belum disahkan setakat ini.

Artikel berkaitan: “Mewakili netizen” – [VIDEO] Didakwa Pukul Isteri, Wartawan Tunjal Kepala Suami Influencer Indonesia

image is not available

Video tersebut juga menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi keledar bertindak agresif dengan menumbuk, memukul serta menampar isterinya sehingga mangsa terbaring.

Bahkan, individu yang berbaju merah itu juga dilihat sudah beberapa kali menyepak mangsa di hadapan sebuah premis bangunan kedai yang tidak beroperasi.

Berikutan dengan tularnya video tersebut, ia mengundang kemarahan orang ramai di media sosial. Bahkan, menurut perkongsian di Threads, mangsa difahamkan sedang hamil anak kembar.

Bagaimanapun, Berita Harian melaporkan bahawa pihak polis kini bakal mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden terbabit.

Sumber : Berita Harian, Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.